Friday, May 22, 2009

WORM PET??! This is crazy..











this is crazy..gile ape kah orang ini..sebesar ini dibelanya..




Thursday, April 23, 2009

getting worse..

my meja getting worse...ahhh..

Monday, March 30, 2009

My Earth Hour Moment

Sabtu
28 March 2008
Damai Wall, Batu Caves
8.00 pm - 12.00 am

Line up:
1. Zack Damai
2. Aber (Apis)
3. Anes
4. Yati
5. Angah (Arif)
6. Azan
7. Salleh

Back up:
1. Ayap
2. Along (Akmal)
3. dan beberapa kanak2 kampung wira damai..

Malam sambutan Earth Hour, ketika warganegara berhimpun untuk menyambut sambutan sejam waktu dunia bergelap, aku bersama kawan2 pendakian memilih untuk menyambut dengan cara yang agak berbeza.

Tepat jam 7, sesudah kami selesai menjamu selera bagi mengisi perut di kedai makan biasa yang menjadi port kami selepas memanjat, kami bergerak menuju ke wall di damai. ketika itu, rembang2 senja mula berlabuh, ceh ayat..kami bermain2 di sekitar wall dan melayan boulder seroute dua..aku seperti biasa, tidak bersungguh ketika mem"boulder" kerana boulder bukanlah kegemaran ku, in fact, wall climbing juga bukanlah kegemaranku..

tepat jam 8, sesudah antara kami selesai menunaikan solat maghrib di masjid berdekatan, kami pun mula bersiap2 dengan peralatan untuk memulakan pendakian di route "Bob Marley". Malam tu kami layan route tu saja sebab route tu senang dan juga boleh lepak di atas. jam 8 malam, Azan tiba bersama housemate nya yang menjadi saksi malam itu. hihi..

jam 8.30 malam, Ayap menuju ke suis utama untuk memadamkan lampu spotlight dia kawasan rock climbing damai. kawasan menjadi gelap gelita tetapi masih ada cahaya di kawasan dewan bersebelahan kerana ada majlis persiapan kenduri di sana. pendakian dimulakan dengan didahului oleh zack yang Lead bertemankan sebiji "head lamp" halogen yang berlampu oren (yang tak nampak sangat), membawa dua tali untuk dijadikan anchor di puncak. dia juga ditugaskan membuat sistem tali untuk kemudahan climber2 lain ketika tiba di puncak bob marley. diikuti dengan aber, angah, yati dan kemudian aku. ketika aku mula memanjat, lampu sudah dihidupkan. ceh,potong sungguh. tapi keadaan masih lagi gelap kerana lampu spotlight tu pon xdela terang sangat, ala2 cukup untuk suluh batu jer..aku dengan bersemangatnye naik..agak lambat, maklumla badan sudah bertambah berat, (menurut berpuluh orang manusia yang aku kenal, mereka kata aku sudah agak gemuk ketika ini)..tapi tidaklah terlalu lambat, kerana siangnya aku sudah memanjat dua route, dengan slah satunya route yang aku takut nak panjat sejak aku dah boleh panjat ni..hari tu jugak ,pertama kalinya aku naik route MONSOON..pencapaian baru untuk aku hari itu..aku bangga sekejap..sekejap jela sebab aku top rope je pun..tapi xpela, permulaan yang baik untuk aku..huhu..

lepas aku memanjat dan sampai di puncak, Azan memulakan pendakian..ketika azan sudah hampir sampai ke puncak, kelihatan kelibat salleh mula tiba di perkarangan tapak rock climbing. tiba2 kedengaran suara ayap menjerit mengatakan yang salleh ingin memanjat, kami katakan boleh saja memandangkan di puncak masih ada space untuk 2 orang lagi..

ketika jam mula menunjukkan pukul 11 malam, kami lepak2 kat atas makan biskut, oh yer, tin biskut ku dibawa oleh azan ke puncak menggunakan beg columbia nya..haha..sampai biskut aku kat bob marley yer..minum2 air coke dan juga 100plus..

setelah puas melepak di atas, kami pun decide untuk turun, orang pertama yang turun aku la..kami abseiling turun ke bawah.oh yer, pengalaman aku ketika abseil, aku terjumpa lipas2 rumah di atas batu tu, aku pun pelik, berpuluh kali aku naik route bob marley, tak pernah lagi ku jumpa lipas2 ini, mungkin waktu malam, waktu mereka keluar. setelah selesai semuanya, abe, yati, azan pun pulang. pergi makan kot. tinggalla kami yang lain2 ni sambung main boulder, aku tak main dahla, nak kate penat tak jugak tapi kepala aku tetibe macam migrain jer..

itulah kisah kami and our moment on earth hour..kami tak nampak sangat KL bergelap kerana dari puncak bob marley yang tingginya tak seberapa itu, kami hanya nampak area wira damai dan gombak, tu pun rakyat gombak tak supportive langsung..haha..

apa2 pun, tu pengalaman baru untuk aku hari tu, kerana aku baru pertama kali night climb..best..
klu sesape nak cuba aktiviti rock climbing ni, BOLEH DAN DIALU2KAN datang ke wira damai, gombak. ataupun call je saya..

aKu

aku merangkak berpijak di bumi yang nyata
namun kepalaku entah di mana
tanya-tanya apa kenapa dan bagaimana
silapnya manusia yang hidup didunia

terkurung aku pada kalimah yang keliru
senyum tawa guraunya ku tak ku percaya
namun hatiku masih ragu tertanya-tanya
adakah ini nyata kebenarannya

maafkan aku kerna dia membisu
dan sengaja buat-buat tak tahu menahu
biarkan aku tenang dari mendengar
madah pujangga warung kopi di tepi jalanan

dunia bukan milikku
namun akulah aku
tak teruja pada paksi logika
siang malam berputar
minda semakin sedar
kebenaran yang berbeda-beda

renung kalimah esa
itulah jawapannya
biar dibalaskan aku ulang

satukanlah kita manusia

Wednesday, March 18, 2009

No more space for my coffee


setiap hari, meja kerja aku bertimbun dengan kertas dan tiada tanda2 mahu surut. bukan aku mengeluh dengan kerja, bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang diberiNya, bukan aku tidak mahu menyusutkan kertas-kertas di meja ku tapi seperti ada sesuatu yang mengganggu aku untuk menghabiskan kerja-kerja ku dengan tenang..soalannya: apakah ia? aku pun tidak tahu...
gambar ni diambil ketika hari di mana server untuk aku nye PC tak dapat connect. jadi bos aku bagila pinjam laptop office since hanya PC aku saja yang tak boleh guna server dan juga aku akan tergendala banyak kerja jika tidak dapat menggunakan server.
jadinya, inilah jadinya meja kerjaku..no more space for my coffee..i have to rearrange to make my desk even better la..

Thursday, March 5, 2009

saje2 tiru mus nye blog dan edit sedikit2..

Instructions:


Go to your photos folder in your computer.
Go to the 4th folder of photos.
Go to the 4th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.





gambar ni masa climbing competition kat dataran merdeka sempena le tour de langkawi. semua yang tertera di atas adalah climber2 yang masuk bertanding except for me, climb only for leisure, not for competition. i'm a true supporter..untuk orang yang baju kaler pink tu jugak..huhuhu..
mus, klu hang baca, aku tiru blog hang sket ni..saja ja..bosan, aku malas nk tag orang..so aku edit2 sket instruction tu..



Kata-kata itu satu doa?

"Kejadian ini benar2 berlaku diMakkah.....member office pergi ke Makkah menunaikan Umrah.Bertolak 10Jun 2007dan pulang ke Malaysia 27Jun 2007.Ceritanya berlaku kat hospital Makkah.Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doctor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doctor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang bertanyakan kandungannya lelaki atau perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular.Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular. Subhanallah. Nauzubillah....Lihatlah gambar yang dirakamkan ini....."
(See attached file: Makkah Hospital.3gp)
http://img531.imageshack.us/my.php?image=makkahhospitalfh8.flv
Lihatlah Kuasa Allah..

Doa..kita sentiasa berdoa..doa bukan sekadar kita meminta sesuatu dari Allah lepas bersolat, bukan sekadar memohon sesuatu untuk kepentingan diri sendiri mahupun orang lain..tapi setiap kata-kata itu adalah satu doa..aku terfikir hari ni lepas ada seorang "orang" telah mengucapkan sesuatu yang pada hematku amat menakutkan..kerana ku rasakan kata-kata itu satu doa..aku katakan padanya, jangan sebut perkataan yang bukan2, kerana kata2 itu satu doa..dia tidak marah tapi dia memulangkan paku buah keras kepadaku..katanya aku juga selalu katakan perkara yang bukan2, kuakui itu kelemahanku..tapi aku rasakan bagus juga pertelingkahan pagi ini, sekurang2nya aku sedar yang bila mana aku mengucapkan kata2 itu, aku seperti tidak bersyukur dengan apa yang aku dapat..terima kasih sayang kerana membuatkan aku sedar yang aku ni sebenarnya kurang bersyukur..
aku tau, aku juga selalu mengucapkan kata-kata yang pada pandanganku sendiri tidak patut sama sekali diucapkan..kutahu Tuhan itu Maha Mendengar dan Dia boleh mengabulkan setiap kata-kata kita samada kita sedar ataupun tidak..
dia selalu katakan pada aku, aku ni selalu tak bersyukur, kadang2 aku tak faham kenapa itu kata2 yang dia ungkapkan, aku selalu marah padanya dengan mengatakan bagaimana dia tahu aku tidak bersyukur? dia tahukah apakah aku bersyukur? rupa2 nya ada banyak cara untuk bersyukur..
terima kasih kerana ingatkan aku itu, terima kasih kerana menyedarkan aku..
aku hidup selama ini sebagai insan yang tidak pernah bersyukur pada nikmat-Nya..hinanya aku..
kepada my sayang, thanks for always advising me in your own way.. =)

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata : Ehh.. Machonyer brader dalam tv tuh.. Especially mamat2 korea.
Makna Tersembunyi : Boypren aku bukannye hensem pun..

=)

Wednesday, March 4, 2009

~Transparent Jellyfish ~

~Transparent Squid ~

~Transparent Head Fish~


~Transparent Frog~


ape hikmahnya kejadian Tuhan ini?
sama sama kita fikirkan..




MELAMAKAN YANG BARU..




ni la bila time keje dah banyak sangat dan mood nak membuat keje hilang begitu sahaja...aku membelek2 blog orang2 yang suka buat keje2 yang macam dah xde keje sangat ni..ni la hasilnya..aku pon mencuba sendiri..ni la hasilnya...ade 2 gambar je aku dapat cube..aku akan try lebih banyak lagi di lain masa...






I Love Maker

I love maker adalah website yang membolehkan kita membuat design kita sendiri seperti I LOVE NY yang selalu kita dapat lihat di mana-mana.Cara buatnya begitu mudah hanya perlu memilih logo dan taipkan saja text yang hendak dipaparkan dimana size logo dan text boleh di'adjust'.Selain itu text dan logo boleh di'adjust dimana-mana kedudukan yang kita suka.Setelah puas hati dan klik make it untuk mendapatkan code untuk diletakkan didalam blog.


ni aku terai buat satu..huhuhu..


--> kredit untuk aku sape! blog..

tilt shift maker




website ni aku jumpe kat blog aku sape..
bagus juge blog dia ni, aku belajar macam2 benda..
ni salah satunye..aku dah try..amacam?

Tuesday, March 3, 2009

Kelantan? Kedah? Pahang? dan Pulau Pinang?


MARCH TRIPS...


sume ni aku nak pegi.minggu ni aku pegi gua musang,kelantan.minggu depannya aku pegi alor setar kedah.minggu depan lagi satu aku nak pegi kuala lipis, pahang.minggu hujung bulan 3 maybe aku akan ke penang.


1. aku pegi gua musang nak pegi climb. di taman etno botani gua musang..(aku pon dah ingat2 lupe nama tempat dia)..nk ripit route yg aku climb memula dulu kalau ade rezeki..ade satu route kat gua musang, ade sorang mat salleh baru bolt, means dia baru set route..aku diberi penghargaan sebagai perempuan pertama yang try route tu..lead pulak tu..mase tu konon2 tgh kuat dan sihat..sekarang ni tak kuat..nk tgk aku mampu lagi tak nk climb route tu..


2. alor setar kedah..tarikh 15hb march ni sepupu aku kahwin kat alor setar..maybe aku akan turun ke sana. kebetulan pada tarikh yg sama, kawan2 climber aku termasuk climber10 aku ade competition di alor setar juga. so satu jalan sahaja, aku boleh tumpang sekaki untu kpulang ke kampung halaman..


3. kenong..aku lupe nama penuh tempat ni ape..biasala, dah pegi baru ingat, belom pegi mana nak ingat. ni trip aku bersama2 ngn budak2 outdoor lain. nk raser backpacking.(macam x pernah raser jer)..trip ni agak leisure cume kena back packing la, sume wajib backpacking. jalan trekking tiadala menaiki gunung dan juga bukit (agaknya)..aku pon bukannya agak fit di ketika ini untuk trekking yg agak mencabar..tapi kita layankan ajela..


4. penang= trip ni hanyalah baru ura2 sahaja, aku tiadala pulak dengar ada kata putus mengenainya..trip ofis2 mutiara bangsar..hmmm.. penang? jauhnya..cume boleh jumpe na'imah la nanti...


semoga perjalanan ku selamat semuanya..

Thursday, February 5, 2009

Kerja+Meja Kerjaku




aku dah sangap dan bosan sangat melayan kertas2 yang menimbun yang makin hari tak penahnye nak surut, tapi makin banyak je hari2...lihatlah semua meja kerjaku...




Monday, January 12, 2009

jb oh jb

kami posing depan chevrolet captiva

cik na'imah & cik anes

cek cik dan isyraq yg hyper


budak iceraq



dah lama x balik jb, last raya haji..tu pon aku x sempat jalan2 round jb..
minggu lepas, aku balik jb lagi atas sebab2 tertentu..sambil2 tenangkan fikiran..
aku ajak ofismate aku balik..sbb mak aku x encourage aku balik sorang2 drive memalam.


sehari hari sabtu tu, aku meronda jb..sempat singgah danga bay sat, bawak orang kedah mai tgk danga bay yg dah xberapa cantik, kami xdan nak menyinggah kat mall2 baru yg tumbuh cam cendawan..

balik tu kami hantar adik aku daftar masuk ke plkn kem asahan, melaka.
dok saja2 la amik gambaq ngn dak2 plkn..cam jakun ja...
kui kui kui...











Wednesday, January 7, 2009

secret or no secret..

is there something i don't know u didn't tell me??
you tell me...

Regangan urat leher

Mari meregangkan urat leher kamu..