Thursday, February 27, 2014

CHENTA

Kerana terlalu banyak cinta dalam jiwa, tenggelam segala rasa benci.
Jikalau ada jua, biarkan dia tercampak di sudut sepi..
Kerana terlalu banyak kasih dalam hati, marah tak lama ku biar dalam dada..
Jikalau ada jua, ku biar angin membawa pergi..
Kerana rindu terlalu sarat dalam dada, aku masih setia di sini..

Kerana kau, kekasih hati.
Kerana kau,teman sejati.
Kerana kau, chenta..

Wednesday, February 19, 2014

Rezeki

MANUSIA sering bimbang mengenai rezekinya -- apakah ada atau tidak cukup? Tetapi apakah itu rezeki ?

Adakah harta atau wang ringgit itu rezeki ? 

Menurut Islam, Allah swt berkehendakkan kita supaya bercakap benar dan jangan melakukan yang batil. Buatlah apa yang diredai Allah dan ketahuilah bahawa rezeki kita berada di tangan-Nya. Tidak seorang pun yang boleh mengambil atau menyekat rezeki kita.

Sesungguhnya rezeki itu tidak berperanan pada harta, darjat, keturunan atau pangkat saja, malah ia memainkan peranan mendapatkan keredaan Allah dari segi percakapan dan amalan. 

Di sinilah kita dapat memahami maksud firman Allah yang berikut, yang bermaksud: 

"Dan jadilah orang-orang (yang sebelumnya) itu mencita-citakan kedudukan Qarun itu berkata: Aduhai, benarlah Allah telah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya. Kalau Allah tidak melimpahkan kurnia-Nya atas kita, benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai, benarlah! Tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (ni'mat Allah)."
(Surah Al-Qasas: 82)
Allah telah mengurniakan orang-orang yang bermaksiat terhadap-Nya dengan harta yang banyak atau darjat keduniaan yang tinggi.
Jika ditinjau dari segi zahirnya, ini adalah satu kebaikan bagi mereka. Namun yang sebenarnya adalah khilaf. Harta dan pangkat ada kalanya tidak mendatangkan kebaikan.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar baginya (dari sebarang masalah) dan akan dikurniakan rezeki dari sumber-sumber yang tidak diduga."
(Surah At-Talaaq: 2 & 3)
Bertakwa kepada Allah dan mengetahui akan sebab-sebab rahmat-Nya adalah rezeki yang sebenarnya. Oleh yang demikian, Rasulullah saw tidak mengibaratkan kerana banyak harta itu adalah kaya, akan tetapi kesucian itu adalah diiktibarkan kaya yang sebenarnya.  

ALLAH berfirman yang bermaksud: 

“Sekiranya kamu mensyukuri nikmat yang ada, nescaya Aku (Allah) menambah nikmat bagimu.”  

Monday, February 17, 2014

Terlalu lama dan asyik memandang yang hitam sehingga lupakan yang putih..

Kita semua macam ni kan?

Bila kita tengok orang buat perkara lain sikit,

mudah saja untuk membenci,
mudah saja untuk menghukum,
mudah saja untuk bersangka buruk.

sampai kita lupa kebaikan-kebaikan yang dilakukan selama ini,
kita mula sisihkan mereka.
Astaghfirullah al azim..

Betul.
Kita boleh membenci,
tapi bukan membenci pada orangnya,
tapi benci pada maksiat yang dilakukan mereka.

dan dalam masa yang sama,
jangan tinggalkan mereka.
banyakkan berdoa, jangan biar dia tenggelam sendiri.
ajak dia bersama-sama kita.
supaya hatinya terbuka untuk terima cahaya.

Betul.
Susah untuk bersangka baik.
tapi, kena mujahadah.

Jangan latih diri untuk berterusan bersangka buruk.
takut hati menjadi mati,
takut riak merajai diri,
kerana kita bukanlah Nabi,
kita ini..
KULI.
Pada Ilahi..

Dan semuanya berbalik kepada hati,
kerana hati yang akan memberi kita guideline untuk berfikir,
dan akal akan memberi arahan kepada anggota badan untuk bertindak.

Baginda SAW juga bersabda:
“Bahawasanya dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

credit to: http://reminderformenyou.blogspot.com


Friday, February 14, 2014

Apakah fungsi pakaian menurut anda?


Anda sebagai seorang Muslim. Seorang yang beragama Islam. Apakah fungsi pakaian menurut anda, seorang Muslim?

Muhasabah diri kita.