Sunday, January 24, 2010
sakit.
klu lagi hati boleh dicuci dgn klorox untuk hilangkan kesannya, pasti indah hidup seharian bila hati bersih, dicuci klorox hari2..
Saturday, January 23, 2010
rindu ayah.
rindu ayah..
rindu mak..
perlukan seseorang untuk ku menangis bersama..
adakala.ku rebah jua. tak sekuat biasa. aku cuma manusia.
Thursday, January 21, 2010
nakbeli! nakbeli!
nak beli..~
1. lesung batu :
nak tumbuk cabai ngn bawang senang.
++ mintak kat mak lesung batu penumbuk, dia nak bagi penumbuk betul²..sampai hati mak..sob..sob..
2. blender :
nak blender cabai senang. takyah tumpang rumah orang. lagi satu senang nak buat sup cendawan mak yang sedap kat rumah.
3. tempat masak air..**sian aku masak air pakai messtin jer..
ke boleh dapat free je dari mana2?? sape2 nak bagi kat aku?
missyou.
Wednesday, January 20, 2010
Selamat Pengantin Baru
jam: waktu standard makan tghari la kot.
07.5992.734
Ramai-ramai meriahkan majlis.
manasatu?
"nak dua² boleh...? disana hanyalah menanti.."
"jadi disini apa? menunggu sesuatu yang tak pasti?"
"disini tetap menunggu. berada jelas dimataku. kasih tak luak kepada aku. sanggup menunggu kata putusku. sayang ketabahanmu menawanku.."
-------------------------------------------------------------------------------------
manusia mmg diberi banyak pilihan. sampai kadang² tak tahu yang mana harus dipilih untuk dijadikan terbaik. bila dah ada yang terbaik, dicari lagi yang terbaik. adakalanya sehingga terlepas yang terbaik yang telah ditinggalkan..
manusia mmg tamak kan? tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah beri.
jom sama² muhasabah diri sendiri..tak pernah puas. Allah dah tentukan A, kadang2 kita nak B. bila dah dapat B, tiba2 nak A balik.
ok. jangan confius. jom fikir mana yang terbaik untuk kita dalam semua hal.
Tuesday, January 19, 2010
aku anak, aku serbasalah
mak tanya kabar. mak tanya kenapa senyap je seminggu ni. takde call mak pun.
saya kata, ada je mak kat sini. tak kemana².
tapi mak agak bising sikit sebab dua hari lepas masa dia call, telefon tak dapat sambung langsung. dia tanya aku pegi mana. aku cakap masuk hutan. dia bising lagi. aku cakap sorry tak bagitau pegi. sebab aku fikir tak jauh pun. lagipun tak lama. lepas dah cool sikit mak tanye..
mak: ape cerita? takde ape² cerita?
saya: cerita ape pulak mak?
mak: cerita yang tu la...
saya: (senyap dan mengeluh), takde ape la mak. tak buat ape² pun lagi.
mak: hari tu kate nak cakap ngn kakwan. dah cakap blum?
saya: dah cakap dah. tapi belum bagi nombor kat dia. kakcik simpan dulu nombor tu. tak buat ape² pun.
lagipun kakwan bz hari tu. baru bukak sekolah. banyak benda dia nak fikir.
mak: mak pun hari tu ingat nak call dia. tapi terlupa..
saya: haa?? mak nak call dia? nak buat ape???
mak: saje2 la..
saya: tak payah la mak, nk buat ape call dia..biar je dulu..
lepas berbual beberappa ketika, kami letak telefon.
aku mengeluh beberapa kali..dan termenung sambil terbaring atas katil.
macam² la. malas aku nak fikir..
harapan mak terlalu tinggi untuk lihat aku bahagia..
aku ingin bahagia, tapi bila..taktau. tunggu lah..tak payah kejar. tunggu dia datang dengan sendiri..
Friday, January 15, 2010
Cara untuk kuruskan badan - in their way
Thursday, January 14, 2010
WARISAN
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
ku jejaki..
Aku..
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan..
[No wonder haji mus suka lagu ni dijadikan tema nyanyian untuk jurulatih PLKN. lagu ni mmg menyentuh perasaan. same goes to everybody, to me..andai kita tak diterima dimana², kemana langkah kita seterusnya..?]
Tuesday, January 12, 2010
topic : saje².
Monday, January 11, 2010
bile climber berbowling :: lagha mode. huhu.
ade orang ajak pegi mancing. (aku mancing ker?)dalam hati berbelah bagi. kalau aku ikut,mesti aku open tikar, bawak novel, bawak bantal, cari port landing baik punye. bukan hobiku memancing. bukan minatku memancing. paling tak suka sebab tiada kesabaran ketika menunggu. duduk² kat kedai damai bistro, mama tanye..(mama ni mama angkat ku)
[mama: anis, nak ikut diorang pegi mancing ker?tak payahla..]
[anis: entahla mama. saye tak suka mancing tapi kalau takde ape nk buat ikut jela. nape?]
[mama: mama pun rase mcm nak keluar. jomla anis. tak payah ikut dorang mancing. kita pegi tempat lain. main bowling ker, karoke ker..]
dalam hati..ni ayat pancing mama ni..
[anis: ha. boleh gak tu. sy malas nk tunggu dorang pancing ni - klu pancing dapat orang takpe gak. hahaha (ni ayat tambah dalam hati)]
[mama: sape lagi ek boleh ajak? dida ikut cik oji dia pegi rehearsel AJL lak..(dida ni anak mama. umo 15tahun)]
[anis: takpela mama. kita pegi jela. nanti sy try carik² lagi sape² yg free]
mama sebelum balik siap², masih berusaha untuk mengajak orang² yg ajak pancing tu ikut. tapi gagal.
aku trus roger iela dan tokya, evy liana atang. bile dengar pasal karoke jer, dia melompat. hantu karoke betol budak nih.
tapi mlm tu, aku hanya berbowling untuk lepaskan tension. sebab hari² asyik tension jer. so boleh bayangkan muke orang yg kita marah tu pada pin² bowling tu. haha.
evy ngn kawan² dia melantak² berlagha dengan menyanyi². tinggal aku, mama, iela dan tokya saje yg masih setia berbowling. sakit abes tangan² sebab masuk jari di lubang yang kecil². (sebab bola bowling tak banyak pilihan. yang tinggal pun bola² berat.)
we had fun that night. eventhough tak release sangat tension, tapi ade la sket lepas..
edisi² foto akan di"war²" kan lepas nih. salam semua.
p/s: rindu kat aina, husna, isyraq dan aidif la...nk pergi ke rumah bangah di puchong rase malas apetah lagi nak balik ke sane (tmn dawani) . berganda².
Sunday, January 10, 2010
panjat:bowl :: edisi foto ::
panjat.penat.peluh.sihat.
sebab demam semalam.
rase nak kuar kan peluh.
turun damai.
climb petang.
panjat satu route. monsoon.
pam tangan, lebam kaki, cramp jari2.
sampai top. alhamdulillah.
dalam kepayahan.
petang, demam dah kebah.
dah lega. alhamdulillah.
Friday, January 8, 2010
cinta
aku?
cinta siapa?
cinta apa?
tertanya-tanya aku soalan ni hari2.
tak jumpe jawapan.
ape aku takut sebenarnya?
ape aku nak sebenarnya?
tanye2 sendiri pun takde jawapan.
tanye orang? bukan caraku luahkan perasaan.
duduk diam2 dalam hati.
nak bukak ke nak tutup.
orang kate baik aku bukak.
aku rase mcm nk tutup bukak tutup bukak.
bukak la..
tak perlu mencari, kerana cinta datang sendiri..
kan?