Sunday, July 24, 2011



It's started out just another day
I took a shower and I went on my way
I stopped there as usual
had a coffee and pie
When i turned to leave
I couldn't believe my eyes

Standing there i didn't know what to say
Without one touch
We stood there face to face

(And) i was dying inside to hold you
I couldn't believe what i felt for you
Dying inside i was dying inside
But i couldn't bring myself to touch you


You said hello then you asked my name
I didn't know if i should go home in vain
Inside i felt my life had really changed
I knew that it would never be the same

Standing there i didn't know what to say
First time I looked away when i whispered your name

One hello changed my life
I didn't believe in love at first sight
But you have shown me what is like
And I now i know my love (i know this love is right)


Monday, July 4, 2011

reminder

‎"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (Surah As-Syura ayat 30)

Saturday, July 2, 2011

Cik Anes...

Jadilah seperti pohon kurma, tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit dan bila dilempar batu, ia membalas dengan buah kurmanya..

Jangan menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan..

cik anes..padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu..

jadilah seperti lebah, ia selalu hinggap di bunga-bunga yang semerbak dan ranting-ranting yang segar..

oh cik anes, jangan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka.

ingatlah cik anes, jika Allah selalu bersamamu, maka siapa yang harus engkau takuti? Sebaliknya jika Allah menjadi musuhmu, maka kepada siapa engkau akan berharap?

cik anes, api kedengkian dan hasad selalu membakar tubuh dan sikap yang terlalu cemburu itu, ia ibarat api yang membara..

cik anes.. :) bertingkah lakulah dengan akhlakmu yang lebih indah dan cantik dari sebuah taman..

biarkan urusan makhluk menjadi urusan Penciptanya, biarkan yang mendengki sampai mati, biarkan yang memusuhi sampai terlupa..

kasihanilah orang yang lemah, kamu akan bahagia. berilah orang yang memerlukan pertolongan, kamu akan merasa puas, rendamlah emosi anda, nescaya kamu akan selamat.

biarlah dia anes..dia tahu apa yang terbaik untuk dirinya..andai dia tak memerlukan kamu lagi sebagai sahabat, kamu jangan bersedih, jadilah wanita paling bahagia kerana adanya Allah disisi kamu menyayangi kamu..

"..tapi? aku rasa macam diperlakukan? dipergunakan? cari aku bila hanya ada masalah. perlu aku hanya bila perlukan sesuatu? aku tak relevan untuk semua situasi!"

..anes sayang, jangan kamu rasa begitu..redha dengan semua yang berlaku. Allah tahu apa yang hamba-hambaNya tidak tahu. jangan pertikaikan setiap perjalanan yang Allah sudah tulis buat kamu..fikir dengan positif..tak apalah bila dia hanya perlukan kamu bila dia butuh sesuatu..sekurang-kurangnya masih ada ruang buat dirimu dalam masa-masanya itu..jangan lah kamu berkecil hati...

"alah, bukan setiap hari pun dia nak cari aku!"

kenapa anes? kenapa kamu kecil hati sangat ni? belajar bersyukur anes..hanya kerana dia tak pedulikan kamu, tak sayang kamu sebagai sahabat, kamu tolak orang lain yang ambil berat tentang kamu? jangan begitu sayang...belajar bersyukur. tak apa kamu tak dapat bergembira sebaimana dia bergembira..kamu harus yakin dan percaya, Allah dah sediakan sesuatu yang akan menggembirakan kamu melebihi dari kegembiraan yang kamu dambakan itu..

"....hmmm, duhai hati...tenanglah...aku dambakan ketenangan.."

anes, jadilah wanita yang paling bahagia..di dunia dan di akhirat...

Ikhlas kah aku seorang anes?

Ikhlaskah aku bila berkata-kata tentang hal itu? ikhlaskah aku menerima apa yang tersurat buatku? ikhlaskah aku menunggu sesuatu yang bukan lagi milikku?

Ikhlaskah aku bila aku mengatakan aku redha dengan semua yang berlaku? ikhlas lagikah aku bila aku merelakan dia melepaskan aku? dan mencari kebahagiaan sendiri...

..........aku tak pasti...........

dia..dalam jutaan wanita yang ada disekelilingnya, dalam ramainya wanita yang dikenalinya, dalam banyak wanita yang meminatinya..aku hanya tidak mahu dia salah membuat pilihan..aku hanya tidak mahu dia kesedihan, aku hanya mahu kegembiraan terpancar dari matanya, kerana hanya dia yang paling aku sayang..sahabat yang paling aku sayang..yang aku tidak tegar untuk meninggalkannya tapi aku lakukan jua..

apa yang ada di fikiran aku ketika ini juga aku tidak tahu...

dalam ribuan wanita yang menjadi pilihannya...(sudah tentu yang bukan pilihan aku).. aku harap dia tidak tersalah pilih..kerana salahnya pilihan dia, mungkin juga kesukaran buatku..

ikhlas hatiku mengharap dia tidak memilih yang bukan-bukan...

Saturday, June 25, 2011




Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…


--- untuk kamu yang paling mengerti aku dan mengenali aku sedalam-dalamnya ---

Friday, June 24, 2011

Ciri-ciri pakaian wanita muslimah

Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam

Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada.
Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki.

Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit.

Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh
berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj.

Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah.

Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk.

Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.

Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.

Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.

Hari ini. 24 Jun 2011

Harini hari jumaat. penghulu segala hari. hari penuh barakah. harini saya pakai baju kurung. selalu hari jumaat hari selekeh saya. saya suka pakai selekeh² je. saya suka pakai seluar hari jumaat, cari baju yang tak payah iron. tapi harini? saje je. malam tdi sambil layan bola Malaysia vs Lebanon, saya iron baju. ada apa dengan harini?
sebenarnye...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
takde ape2 pun... :p
hanya mahu buat sesuatu di luar kebiasaan. bosan.