Wednesday, February 20, 2013

Doa dan zikir untuk membanyakkan susu badan




Susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk anak kita nanti. Betapa nikmatnya apabila seorang ibu mampu menyusukan anaknya sehingga umur 2 tahun. Selain daripada berusaha dengan mencari supplement untuk menambahkan susu badan. Kita juga perlu mengingati Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T. Sentiasa memohon doa daripada-NYA agar kita mampu untuk memberi susu kepada anak kita kelak. Berdasarkan ayat al-quran ini “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233. Justeru itu, telah tersurat di dalam al-quran sendiri ada menyatakan bahawa susuilah anak kita sehingga berusia 2 tahun. Setiap kejadian yang dicipta oleh Allah S.W.T pasti ada hikmah yang tersembunyi.
 
1. Amalkan doa di bawah :
         “Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.. Amin."
 
2.  Surah al-Hujurat dan Surah al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi.  Niatkan dalam hati  semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu  kita. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya  datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
 
3.   Juga amalkan doa ini.
"Ya Allah seberapa banyak susu yang aku peroleh hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu.
Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku. Amin.

4.   Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Kita juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.Insya ALLAH susu badan kita akan bertambah jika kita istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas.

Amalkan juga ambil wudhu dan maafkan setiap orang sebelum kita tidur supaya hati sentiasa tenang dan menyebabkan susu lebih mudah untuk mengalir keluar. Perasaan ibu turut mempengaruhi elemen pada bayi tau. Jika menyusu dalam keadaan marah, bayi pun akan menjadi cepat marah. Jadi sentiasalah tenangkan diri dan berfikiran positif supaya elemen-elemen positif dapat dialirkan pada bayi.
Seorang ulama’ juga pernah berkata, air susu ibu akan mempengaruhi rohani si anak. Ia akan menimbulkan kesan psikologi yang positif dan membentuk peribadi yang kuat di masa dewasanya nanti. Ya Allah, mudah-mudahan anak2ku menjadi anak yang solehah serta mendengar kata.





 TERJEMAHAN:

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".



Sumber: 







No comments: