MANUSIA sering bimbang mengenai rezekinya -- apakah ada atau tidak cukup? Tetapi apakah itu rezeki ?
Adakah harta atau wang ringgit itu rezeki ?
Menurut Islam, Allah swt
berkehendakkan kita supaya bercakap benar dan jangan melakukan yang
batil. Buatlah apa yang diredai Allah dan ketahuilah bahawa rezeki kita
berada di tangan-Nya. Tidak seorang pun yang boleh mengambil atau
menyekat rezeki kita.
Sesungguhnya rezeki itu
tidak berperanan pada harta, darjat, keturunan atau pangkat saja, malah
ia memainkan peranan mendapatkan keredaan Allah dari segi percakapan dan
amalan.
Di sinilah kita dapat memahami maksud firman Allah yang
berikut, yang bermaksud:
"Dan jadilah orang-orang (yang sebelumnya) itu
mencita-citakan kedudukan Qarun itu berkata: Aduhai, benarlah Allah
telah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dari
hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya. Kalau Allah tidak melimpahkan
kurnia-Nya atas kita, benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula).
Aduhai, benarlah! Tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (ni'mat
Allah)."
(Surah Al-Qasas: 82)
Allah telah mengurniakan orang-orang yang bermaksiat terhadap-Nya dengan harta yang banyak atau darjat keduniaan yang tinggi.
Jika ditinjau dari segi
zahirnya, ini adalah satu kebaikan bagi mereka. Namun yang sebenarnya
adalah khilaf. Harta dan pangkat ada kalanya tidak mendatangkan
kebaikan.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Barangsiapa yang bertakwa
kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar baginya (dari sebarang
masalah) dan akan dikurniakan rezeki dari sumber-sumber yang tidak diduga."
(Surah At-Talaaq: 2 & 3)
Bertakwa kepada Allah dan
mengetahui akan sebab-sebab rahmat-Nya adalah rezeki yang sebenarnya.
Oleh yang demikian, Rasulullah saw tidak mengibaratkan kerana banyak
harta itu adalah kaya, akan tetapi kesucian itu adalah diiktibarkan kaya
yang sebenarnya.
ALLAH berfirman yang bermaksud:
“Sekiranya kamu mensyukuri nikmat yang ada, nescaya Aku (Allah) menambah nikmat bagimu.”
Wednesday, February 19, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment