Showing posts with label safiyyahazzahraa. Show all posts
Showing posts with label safiyyahazzahraa. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Baby Bullet ~ Baby Food Processor



Assalamualaikum. Salam Isnin. Salam 11 Mac 2013.

Hari ini, Safiyyah Az-Zahraa dah berumur 4 bulan 2 hari. Alhamdulillah syukur ya Allah atas nikmat usia yang Kau berikan kepada kami ya Allah. Juga nikmat kesihatan..

4 bulan. Time untuk mama fikirkan kelengkapan kelengkapan yang bakal cikpiyah guna bila menginjak ke usia 6 bulan. Yela, peralihan pemakanan dan sebagainya. Cikpiyah akan mula makan solid food bila masuk 6 bulan nanti. Tak sabar rasanya nak buatkan dan suap dia makan. 

Banyak kelengkapan baru yang perlu dibeli untuk tujuan yang satu ini. Antaranya yang menjadi target, adalah Baby Bullet Food Processor. Cenggitu la lebih kurang nama dia. Alat ni sebenarnya aku rasa akan banyak membantu aku dalam memproses solid food utk cikpiyah. Blender fruits and vegetables. As far as i know, dalam tu turut memuatkan resepi2 mengikut umur bayi anda. Waaaaa...excited nya.

Harga? Hmmm..dalam isu survey survey ni..aku memang malas. Jadinya aku akan tengok kat faceboook atau mana mana blog yang ada supply benda alah ni. So far ada yang aku jumpa RM150 satu set. The whole set. Mahal tak? Hmmm. Ok la tu kot. Sebab ada macam2 dalam tu. Kalau korang ada jumpa yang lebih murah, tolong bagitau aku. Boleh aku beli tempat yang sama macam korang. Sila beri tunjuk ajar. Hehehe.

Masa paling seronokk nak buat ngn baby is shoppinggggg!! Eh entahlah. Sejak ada anak ni, suka sangat shopping barang keperluan anak. Perabeh duit kat dia. Barang aku, entah pebenda pebenda la...


Wednesday, February 20, 2013

RINDU BERTAMU DI HATI MAMA



Hai momey momey!

Ape tu? Cane nak sebut tu? Entry post ni takde ape ape cerita. Cuma gambar cikpiyah saja untuk tenangkan akal dan minda. Nak pegi pam kejap lagi. Si comel mama ni sentiasa buat mama rindu. Heh. Poyo lagi ayat ko.  

Walaupun malam malam cikpiyah selalu buat mama geram sebab dia suka tonyoh muka dengan tangan, tak tau gatal tang mana. As usual la, diluar kesedaran dia. Kadang kadang sampai kena kejut. “Safiyyah!! Bangun! Bukak mata! Takmau tido macam tu!” dengan nada garang sedikit lah. Magicnya dia akan bukak mata. Bulat bulat. Besar besar. Hmmm..kan dah kata. Diluar sedar.. kbai.





Wednesday, February 13, 2013

Newborn Baby



Welcome to the clan! 

Alhamdulillah Allah beri rezeki melimpah-limpah buat kami sekeluarga. Bertarikh 11 February 2013, lahirlah seorang lagi little caliph dalam keluarga besar Haji Othaman Salleh. Cucu ke 8 Tuan Haji Othaman, baby boy seberat 3.57kg lahir cukup sempuna pada jam 6.10pgi waktu Malaysia. Anak kepada pasangan Muhammad Anas dan Wan Malliati. Adik kepada Aina Malliani, Muhammad Aidif dan Aira Nazihah. Nama baby baru ni insya Allah, Muhammad Aisar bin Muhammad Anas.

Ok cukuplah tu info berbahasa baku. Penat juga karang ayat bahasa formal. Bukan ayat aku la tu biasanya. Jadinya, semalam kami anak beranak pergi la melawat baby baru tu kat rumah abg ngah. Malas nk ke hospital, bukan apa, dirumah lebih seronok kalau nak berjumpa. Kami masak-masak dirumah abg ngah, makan tghari, tghari tak tengahari sngtla. Pukul 3 jugak baru dapat makan, dgn nak menidurkan cikpiyah, nak menyusukan cikpiyah, nk memasak lagi. Dengan nasi mentah la pulak jadiknya..mcm2 hal. Dapatla kami menu udang masak sambal, telur dadar, sayur lobak putih dan ikan siakap bakar. Simple aje, yang masaknya sampai 3-4 orang. Sbnarnye boleh je masak sensorang tapi biasalah kalau ramai2 ni, mana syok sume keje buat seorang. Paling2 mooksu biha tu kene kerah juga masuk dapur, walaupun tolong siang sayur, pakndak  faiiz kene siang ikan, cikmat tlg bakar ikan, alaa bakar ikan dalam pemanggang ajaib aje. Nak cepat. Haha.

Nasi yang mentah tu keje aku lah tu. Alasan, tak biasa periuk nasi tu. Cet. Padahal semua sama je. Tak penah2 aku masak nasi mentah, haritu boleh pulak jadi mentah. Kelaut betul aku haritu. Hasil pengalaman mengalter nasi mentah kat dalam hutan, akhirnya nasi tu masak juga. Lembut sikit la tapi, alah ape ada hal. Kalau perut lapar sume makan je. Aku nengok menambah je sumorang makan.  Ok obviously bukan sebab nasi. Must be the lauk. Kehkehkeh.

Petang2 aku membawak anak-anak buah bersama anak aku pegi ke taman. Aina Aidif ngn Aira plus cikpiyah plus moksu biha, kami pi taman menan. Alah belakang rumah aje. Budak2 kalau dapat pi taman seronok. Aku yg dah mak-mak ni seronok jugek pi taman. Bawak anak2 buah. Kami ramai2 naik jongkang jongket kayu tu. Mengimbau zaman kanak2 aku dulu. Pastu aku ngn adik main lumba timbang berat sape paling berat. Aina ngn aira ngn cikpiyah satu team ngn aku. Adik, Aidif ngn import sorang lagi budak yang kami terjumpa kat taman tu satu team. Kejap2 adik kat atas, kejap2 aku yg atas. Overallnya dua2 lebih kurang je berat. Hahaha..

Dah nak maghrib adik kakwan datang ziarah bawak nasi dagang dari bukit mendi, kampung kakwan..kami dinner nasi dagang dulu sebelum balik Shah Alam. So, cuti ni lepak ngn keluarga mmg seronok..
Aku rindu zaman cikpiyah baby baby dulu. Zaman dia boleh dipegang sebelah tangan. Hahaha. Rindu dengar dia menangis zaman umur kira hari. Hehehe..tapi sekarang ni pun time aku menaip ni pun aku dah rindu cikpiyah yg tgh duduk ngn opah nab. Nak ke dia minum botol tu..lepas cucuk 3 bulan haritu meragam taknak minum dalam botol. Menangis je kejenye kalau bagi dalam botol. Kalau tido asyik mengigau. Aku syak aku bawak dia tgk tarian singa masa cny haritu. Haha. Sian dia. Terkejut2 dengar bunyi gendang tu. Ok la. Rasanya sampai sini jela aku sembang. Bkn sembang pun. Panjang lebar cani sape pun tak ingin baca. Korang tak payah baca. Buat penat mata je ke kiri kanan. 
Kbai. Assalamualaikum!

Friday, February 1, 2013

Jumaat yg Halfday

Assamualaikum Blogger street people! Merapu2 ok.

Mcm yang dibagitau sblm2 ni,harini aku halfday.sbb nk tgk cikpiyah cemana ngn BS baru dia.
Tghri aku dtg dia tgh tido.dlm buai.takpela.since aku dh bagi klonggaran tu lama dah.
Mula la sesi soal jawab sntai aku.tanya soalan mula2."dia minum susu tak?''...alhamdulillah aku bekalkan 1botol 4oz dia minum 2oz.okla tu.sbb siang dia mmg kurang mnyusu."menangis tak?" tanya aku lgi. Menangis juga tp sikit jela.biasala tu.klu x mnangis tu lain pulak cerita.mandi dia nangis ke tak,meragam ke tak,sume jwpan positif aku dpt walaupun acik tu aku rasa bknla reka2 jwpn bg aku tenang.
Sembang sembang santai pastu aku tanya hari isnin sy hantar lagi.hrp dia dpt jagakan.dia kata ok.kami xbincang lg harga.kan dia kata nk try.takpela.esok2 blh.
Dlm perjalanan balik aku hairan juga cikpiyah seronok tak sudah2.aku syak dia gembira mama dh amik dia blik.haha.perasan.pandang muka aku,ajak menyembang..aku hrp bila dia besar nnt dia x ikut perangai gile aku mnyanyi mcm gile dlm kereta.

P/S: aku suka amik gmbr piyaah dlm carseat sbb tu antara waktu yg dia suka ketawa.pandang aku sambil memandu.comel kan piyah? :)