Friday, February 8, 2013

Demam yang Panjang



Assalamualaikum. Sahabat-sahabat.

Syukur ke hadrat Ilahi kita masih dikurniakan kesempatan untuk berrnafas di muka bumi ini. Diberi nikmat kesihatan yang tak terhingga. Nikmat sakit yang mana itu tanda Allah sayang pada kita. Allah uji kita dengan kesihatan yang kurang baik. Alhamdulillah. Syukur. 

Jagalah kesihatan kita bukan hanya utk kita semata, tapi juga untuk orang yang sayangkan kita..
Hari pertama kedua ketiga dan keempat. Masih demam. Cuma nya hari keempat sudah kebah demamnya. Hari kelima sudah mula bekerja. Kata doktor, kalau demam berlarutan atau keluar bintik2 kecil kemerahan, segeralah ke klinik. Buat ujian darah, hanya untuk memastikan demam ini bukan demam denggi.

Umum tahu yang demam denggi boleh membawa maut. Disebabkan malam hari kelima aku dapati dah keluar tanda2 bintik2 merah kecil di tangan dan kaki, juga sedikit di badan, aku akan ke klinik utk buat check up semula. Sambil berdoa yang ini bukan lah demam denggi. Hanyalah demam biasa.

Ya Allah Ya Rabbi, cukup Engkau bagiku..permudahkan urusan kami..

Friday, February 1, 2013

Jumaat yg Halfday

Assamualaikum Blogger street people! Merapu2 ok.

Mcm yang dibagitau sblm2 ni,harini aku halfday.sbb nk tgk cikpiyah cemana ngn BS baru dia.
Tghri aku dtg dia tgh tido.dlm buai.takpela.since aku dh bagi klonggaran tu lama dah.
Mula la sesi soal jawab sntai aku.tanya soalan mula2."dia minum susu tak?''...alhamdulillah aku bekalkan 1botol 4oz dia minum 2oz.okla tu.sbb siang dia mmg kurang mnyusu."menangis tak?" tanya aku lgi. Menangis juga tp sikit jela.biasala tu.klu x mnangis tu lain pulak cerita.mandi dia nangis ke tak,meragam ke tak,sume jwpan positif aku dpt walaupun acik tu aku rasa bknla reka2 jwpn bg aku tenang.
Sembang sembang santai pastu aku tanya hari isnin sy hantar lagi.hrp dia dpt jagakan.dia kata ok.kami xbincang lg harga.kan dia kata nk try.takpela.esok2 blh.
Dlm perjalanan balik aku hairan juga cikpiyah seronok tak sudah2.aku syak dia gembira mama dh amik dia blik.haha.perasan.pandang muka aku,ajak menyembang..aku hrp bila dia besar nnt dia x ikut perangai gile aku mnyanyi mcm gile dlm kereta.

P/S: aku suka amik gmbr piyaah dlm carseat sbb tu antara waktu yg dia suka ketawa.pandang aku sambil memandu.comel kan piyah? :)

SOALAN



REPEAT. REPEAT. Dah lapuk tapi lantakla. peduli lah! 
1. What is the most important thing in your life?
My daughter la plak. Dulu myself. :D

2. What is the last thing that you bought with your own money?
kuih sarapan pagi semalam.

3. Where do you wish to get married?
already married. Hmm.kalau ikut i wish, kat tepi pantai. Wah gitu.

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?
hmmm. Hmmm. Soalan ape ni

5. Are you in love?
hmm.. hmm..

6. Where was the last restaurant you had dinner?
restoren? Mana ada restoren. Kedai sup masjid je kat subang perdana tu.

7. Name the latest book that you bought?
owh. Cintaku luruh di oxford. :D

8. What is your full name?
anisah binti othaman

9. Do you prefer your mother or father?
mother

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
no one. At least no one now. In my mind lah.

11. Christina or Britney?
naaaa!

12. Do you do your own laundry?
yelah, sape lagi nk diharapkan..

13. The most exciting place you want to go?
masih bekelah. But nak kembali ke tempat tu hmmm laamaaaaaaaaaaaaa lagi!!

14. Hugs or kisses?
Hugs!

15. 8 things I am passionate about.
- kids
- makan
- jalan-jalan
- lepak2
- masuk ke hutan
- keluar hutan lagi passionate
- mandi2 air terjun
- air terjun kot

16. 8 things I say too often.
- a'a ek
- eh yeke
- ooooo...
- hek ele
- dah la tu...
- lapo la..
- hmmm..
- hish!

17. 6 songs I could listen to over and over again.
- 150 juta (tetibe suke)
- Count on me – bruno mars
- rindu setengah matik. Ok mati.
- aku yang tersakiti - judika
- teman pengganti – black maria
- you are beautiful. (sbb ada orang bagi). Taktau la kot dia bg kt org lain jgk. Tp ttp dia bagi.

1 day of February 2013

Assalamualaikum sesame street people!

Harini 1st of February. 2013. February datang lagi. Kali ini dengan..entah.taktahu nak rasa apa. Selalunya februari antara bulan yang aku suka dalam setahun.  Walaupun aku tak bersama dia lagi, aku tahu dia tahu yang aku akan sentiasa ingat. Sentiasa. Tapi aku tak akan cakap la kan. Dah itu kehendak dia. 


So! Well..harini dah februari. Harini first day cikpiyah dengan babysitter baru. Opah Nab. Aku panggil acik nab ajela. Cikpiyah panggil opah. Ala2 mak gitu la..tgk cara dia pegang baby pun macam mak mak kite pegang kan..kadang2 kasar..kadang2 lembut..nak sapu air mata anak aku yg berair gune tapak tangan..kalau aku mama nye guna jari jemari aje..ala tak kisah la tu..

Tiap2 pagi aku selalu cakap ngan cikpiyah (kalau dia tak tido dalam perjalanan tu la) ..duduk ngan orang jangan buat perangai sangat..beranai sket (ckp orang banjar la kan)...kalau orang bagi susu dalam botol jgn taknak minum, jgn menangis2 sangat, petang mama amik. Bkn mama tinggal terus. Mama kene keje, nanti kita nak pegi jalan2 takde duit kalau mama tak keje..wah gitu nasihat. Selalunya dia akan senyum tersengih2 yang buat orang mcm nak gigit je dia,sampai sepet2 mata kalau nk gelak tu..selalunya macam tu la sejak dia pandai gelak ni...

Selalu last resort aku akan ulang bebelan yg sama dekat cikpiyah depan babysitter..selalu BS akan gelak utk apa aku taktau la..mungkin mengiyakan bebelan aku..begitu juga dgn opah nab ni. Tapinya!  Ha ada tapi plak dah..yang takbest plak tiap kali aku cakap kat cikpiyah, “syg nanti duduk ngn opah elok2, jangan nangis, minum susu, nanti mama amik..” acik nab tu mesti kata, “acik TRY la dulu ye. TRY.” Yela acik. Sy faham acik xnak bagi harapan kat saya. Kot la tetibe cikpiyah pun tak serasi gak ngn dia kan, mesti dia serba salah ngan aku, takpela acik. Nama pun terai kan. Ape pun kami tak bincang lagi.berapa nak bayar sebulan, macamana waktu tidur dia, banyak yg tak bincang lagi. Petang ni la kot aku rasa kalau dia ok baru kita bincang, gitula. Aku amik half day harini utk cikpiyah. Aku pun tak suka gak sebenarnya nak tinggal2 safiyyah kat orang..tapi dah kita terpaksa..

So, harini first day. First half day.klu ikutkan, apa pun takleh nilai sangat based on half day ni. Tapi takpela. Dah nama pun terai kan, ye dak? Acik ni orang batu kurau, eh ke kuala kurau tah. Tapi slang kadang bunyi cam terengganu kelantan. Konpius.

Harap baby safiyyah okey. Tok hari2 tepon mama tanya camane safiyyah , cemana safiyyah..tok ada kat kl sekarang ni. Ada kerja. Tok dah pencen2 pun kerja lagi. Asyik tinggal je tok ki kat kerteh nun. Hahaha. 

Okey lah. Nanti kita update lagi cerita pasal cikpiyah  k.

Korang tak payah la baca. Buat penat je nanti.

Assalamualaikum.

Thursday, January 31, 2013

Babysitter CikPiyah



Salam. It’s been so long since the last time i posted something here.. hehehe..lama gile.macam dah bersawang pun. Ada la dalam kira2 7bulan gitu..

So! Hmmm..dah mengandung, dah bersalin, then having cik bunga aka cikpiyah is the most wonderful feeling. Nak cite dari awal mengandung sampai bersalin sampai la ke la la ni memang takdak masa. Aku dahla jenis citer panjang lebar nak straight to the point pun orang boleh siap tido dulu. Huhu..

So, harini 31.1.2013. dah tahun baru. Dah end of january pun. Banyak perkara berlaku. Suka. Duka. Tension. Stress. Sume bersatu. We, i have to say we. You and me. We made it. 

Harini, cikpiyah dah 84 hari. To be exact according to daisypath, is 2 bulan, 3 minggu, 1 hari. Still fully breastfeed. Alhamdulillah. Gaining weight also.  And, it’s been 13 days dah aku start kerja. And 13 hari jugak dah hantar cikpiyah kat babysitter. To be honest, harini last day cikpiyah dengan babysitter kedua dia. 
 
Mari kita bercerita, to be exact ala2 macam mengumpat pun ada woi. Tapi takpela. Utk kenangan aku, berkenaan dengan babysitters anak manja mama, Safiyyah Az-zahraa.

Yang pertama awal2 kata: “ko train dulu anak ko minum botol, pastu klu dah ok, ko nk hantar kat aku, aku amik”. Orang  melake.. korang paham la gaya cakapnye cemane kan.. nak jadi cerita, masa aku test2 hantar cikpiyah ni, aku blom keje lagi, just nk tgk keserasian. Nampaknya mmg tak serasi. Katanya, “anak ko asyik nangis je..aku tak sempat nak makan, tak sempat nak semayang nak menengokkan dia ni. Plak tu aku lagi kelam kabut kalau si polan ni pun menangis sama nak susu.” (dia ada jaga baby yg sebaya dgn cikpiyah juga at the same time. Tak ingat nama baby boy tu).. tamak kan? Tau la kan jaga 2 baby ni susah. Takpela makcik, klu anak sy dah pandai botol pun saya takmo la hanto kat makcik. 

Sekarang ni yang kedua. Yang kedua ni plak ada juga cerita nya. Dia sbnarnye BS pertama yg kami interview. Orang kelantan. Mula2 ok. Kami setuju la nk hntar dia tgk rumah ok, sume2 okla. Tibe2 dia hantar sms kat cikmat. Katanya, “Maaflah, kakzam takut la nk jaga baby kecik macam tu. Suami kakzam pun kata tak payah la jaga baby, leceh dia kata”.. padahal dia pi ckp kt org kami tanya macam2, request macam2. Erk? What do you expect? ok sampai cikmat dah tawar hati pi cari BS lain. Tu yg jmpa makcik melaka tu. Tapi bila makcik melaka dah reject, kami patah balik pujuk jugak kata baby takdela kecik mana, dah keras dah badan dia.kebetulan cikpyah ni bdn mmg cpt naik, keras.  Pastu dia setuju.

Hari pertama: as expected, cikpiyah menangis tak mau botol. Tghari aku datang tgk utk susukan incase dia bangun.tp dia tido. Dlm buai. Takpe. Aku balik. Pukul 3 sms aku lagi ckp cikpiyah bgn dan mnangis nk susu.xmau botol. Nk tak nak aku kena call mak (oh pemilihan BS ni adalah campur tangan mak juga), mak datang tgk cikpiyah kt rmah BS tu. Mak susukan gune botol, magicnya dia minum pakai botol. Hmmm. Stress kan? Hari kedua ketiga keempat, takde dah sms dr BS tu. Mgkin dia cuba adapt. Tp mmg cikpiyah kurang minum waktu siang. Dia banyak tido. And one day tak ingat hari keberapa tp jumaat. Dia sms anak menangis x henti2 katanya. Refuse botol. Aku balik awal dari biasa. Sbb kesian anak x minum langsung sampai petang. Dia komplen pasal botol. Suh aku tukar botol. Katanya botol pigeon tu puting keras sangat. Amik masa dia nk hisap. Ok takpe. Balik tu siyes aku pegi kedai baby beli botol baru. Sampai dua jenis aku beli. Suavinex ngn Dr. Brown. Oh. Ni dah botol ke empat dan kelima cikpiyah. Jenis ye. Bukan bilangan. Bagi dia next week nye. Then dia kata cikpiyah minum gune suavinex tu. Ok takpela. Takde lagi sms masa waktu aku bekerja. Aku pun malas nk tanya2 sangat dia sbb taknak dia stress. Dia sbnarnye takpenah ada anak. Takde pengalaman jaga baby yg BF. So, tu yg jadi kalut semacam tu.

Then, final week of January. Which means minggu ni la. Dia sms lagi waktu tengahari.menangis takmau susu. Aku dah tak senang hati. Minggu lepas aku cuti lama. 5 hari cikpiyah dgn aku. Kan cuti maulud nabi dan thaipusam. Aku amik cuti bersambung. Tapi aku ajar cikpiyah botol. Siang aku bottlefeed dia, mlm je breastfeed. Kakzam tu punya la aku tak faham, dia kata, “ko jgn beri dada bila susukan dia, ko bagi je dia botol. Jgn beri langsung dada.mlm pun ko bagi botol.klu tak susah kakzam nk jaga dia.menangis lapar tapi takmau minum susu,takpandai2 botol.” Hmm. Nk mencarut pun tak guna kat orang yg tak faham konsep ni kan.  Aku peduli ape dgn nasihat ko tu. Aku terpaksa bottlefeed on my own siang2 dan tetap breastfeed bila malam. Baru-baru ni dia berbunyi suruh aku belikan formula milk utk mudahkan dia buat kerja.katanya: “susah kakzam nk susukan. Kadang2 dia menangis tpi susu panas sgt nk tunggu sejuk sket bru leh bgi. Dia dh menangis kuat. Klu beli FM tu senang kakzam bancuh air suam je dah blh terus minum” pastu aku katala..”kan saya dah ajar nk guna warmer tu, kakzam jgnla pulas sampai habis pastu biar susu tu panas.....” blom habis aku ckp dia dah potong, katanya: “tapi sampai bila? Yang tu pun pakai karen. Kalau kau nk akk jaga anak ko,beli susu formula. Kalau ko nak akk jaga lama la..budak2 sblm ni akk jaga sume mak dia bagi susu formula.” Dan aku dah terdiam membisu. Malas nk argue lagi. Kalau dah bab electric pun berkira, susah la kan. Macamla aku tak bayar.. aku cakap : “macam ni la kakzam. Maafla safiyyah menyusahkan kakzam. Saya cuba cari BS lain. “ (sbnarnye dia pun mcm dah nk push safiyyah kt BS lain. Siap bagitau kat rumah atas ada sorang makcik nk jaga la budak klu ada budak yg kakzam tu taknak jaga. Sedih kan? Tolak2 anak aku plak. Takpela. Orang tak sudi kita taknak la terhegeh2 lagi..

So! Hari ni last day cikpiyah ngn dia. Aku pun rasa cikpiyah tak suka dia. Tak tahu kenapa. Motherly instinct agaknya. Bulan ni bayar lebih kat dia. Sebab apa? Biarlah sedekah kat dia. Even 13 hari je hantar, we pay her more than she deserved. Takpela. Rezeki dia. Insya Allah rezeki cikpiyah ada je...

Kami dah tgk BS baru. Esok, 1st February start TRY hantar. TRY ye. Opah tu kata try dulu tgk serasi ke tak serasi kan..ni kira gamble la ni. Sian cikpiyah..mama rasa sumpah nk benti keje jaga cikpiyah je..sume taknak jaga cikpiyah..

So! Harap2 esok dgn opah baru, dia ok. Opah ni jln lambat sikit. Kaki dia sakit agaknya. Badan besar sikit. Aku macam risau jugak takut dia pun tak larat nk jaga kan. Tapi nk risau macam2 pun...susah. so, kita TRY dulu. Harap2 sumenya ok dan berjalan lancar. Dia menangis tu biasalah. Ngn aku pun menangis bila bagi botol. Kena ada skil pujuk baru dia nak minum botol. So far, hanya aku dan mak aku je yg pandai pujuk. Bapak dia? Hmm. Failed. 

Till we meet again. Panjang dah kan. Takut esok2 aku pun tak larat nak baca.

Assalamualaikum.


Monday, June 11, 2012

Cinta..selembut awan..

Cinta selembut awan
Masih tersimpan di hati
Pesonamu menawan
Ku dilanda sepi
Mengapa hanya padamu
Tercurah seluruh rasa
Hadir di setiap nafasku
Bayangmu menyapa
Chorus:
Meskipun ku tahu dirimu kini
Tiada lagi sendiri
Namun ku tak rela melepas segala mimpi
Oh... Mengapa hanya dirimu
Yang mampu mengisi hampa sanubari?
Kini ku mengerti
Cintaku hanya lamunan
Kisah kita berakhir
Menjadi kenangan

ok. i miss you.

Monday, May 7, 2012

Losing you..

Dulu kita bukan kawan, lepas tu kita tiba-tiba jadi kawan.
lepas jadi kawan, tak lama lepas tu kita jadi "kawan".
Lama-lama..bila kita dah selalu bersama, kita jd "kawan" yang sangat baik...
tapi akhirnya takdir memutuskan utk kita tidak bersama, tapi tidak bermakna kita
bukan lagi kawan..
tapi sekarang ini, bila kita dah tak bersama, dan kita berkawan dengan orang lain,
kita berdua mcm hilang punca. kau mcm dah taknak kawan aku. walaupun aku masih perlukan kawan
aku. lebih2 lagi, kawan baru kau, tak suka pula kita berkawan.
kenapa ya? kita dulu kawan biasa, kemudian jadi "kawan", kemudian jadi kawan yg baik..
kau masih pendengar yg baik..
tapi lama kelamaan...aku sedar..
satu hari nanti, aku akan kehilangan kau juga.
kawan baik aku. hanya kerana kawan kau yg baru..

kau selalu kata, "aku akan sentiasa ada bila kau perlukan aku..."
benarkah? atau itu hanya kata-kata penyedap telinga sahaja?