Wednesday, February 13, 2013

Kau Kata..



Kau kata aku tak dewasa..
Kau kata aku mengada-ngada..
Kau kata aku tak reti bahasa..
Kau kata aku degil dalam bicara..
Kau kata aku insan berdosa..
Kau kata aku muka tembok cina..
Kau kata aku gatal sentiasa..
Tapi semua kau kata..
Kata aku? Kau mahu dengar?

Friday, February 8, 2013

dah kenapa nyaaa...?

Dah kenapa kalau aku suka lagu aku yang tersakiti? amboi..mengata kuat sungguh hang no...dengar ya.
suka sesuatu lagu tak semestinya menggambarkan keadaan diri kita. apa perasaan kita. apa yg kita nak. contoh. aku suka jugak lagu chicken dance. tak ingat kita menari sesama kat gua musang lagu chicken dance tu? eh ko ade ke? tak ingat la plak. takpela.

ps: nanti nak ajar cikpiyah menari chicken dance. tapi. aku pun dah lupa step. kahkahkah.

kbai!

Hey stalker...!





HAVE FUN STALKING ! ;)

Demam yang Panjang



Assalamualaikum. Sahabat-sahabat.

Syukur ke hadrat Ilahi kita masih dikurniakan kesempatan untuk berrnafas di muka bumi ini. Diberi nikmat kesihatan yang tak terhingga. Nikmat sakit yang mana itu tanda Allah sayang pada kita. Allah uji kita dengan kesihatan yang kurang baik. Alhamdulillah. Syukur. 

Jagalah kesihatan kita bukan hanya utk kita semata, tapi juga untuk orang yang sayangkan kita..
Hari pertama kedua ketiga dan keempat. Masih demam. Cuma nya hari keempat sudah kebah demamnya. Hari kelima sudah mula bekerja. Kata doktor, kalau demam berlarutan atau keluar bintik2 kecil kemerahan, segeralah ke klinik. Buat ujian darah, hanya untuk memastikan demam ini bukan demam denggi.

Umum tahu yang demam denggi boleh membawa maut. Disebabkan malam hari kelima aku dapati dah keluar tanda2 bintik2 merah kecil di tangan dan kaki, juga sedikit di badan, aku akan ke klinik utk buat check up semula. Sambil berdoa yang ini bukan lah demam denggi. Hanyalah demam biasa.

Ya Allah Ya Rabbi, cukup Engkau bagiku..permudahkan urusan kami..

Friday, February 1, 2013

Jumaat yg Halfday

Assamualaikum Blogger street people! Merapu2 ok.

Mcm yang dibagitau sblm2 ni,harini aku halfday.sbb nk tgk cikpiyah cemana ngn BS baru dia.
Tghri aku dtg dia tgh tido.dlm buai.takpela.since aku dh bagi klonggaran tu lama dah.
Mula la sesi soal jawab sntai aku.tanya soalan mula2."dia minum susu tak?''...alhamdulillah aku bekalkan 1botol 4oz dia minum 2oz.okla tu.sbb siang dia mmg kurang mnyusu."menangis tak?" tanya aku lgi. Menangis juga tp sikit jela.biasala tu.klu x mnangis tu lain pulak cerita.mandi dia nangis ke tak,meragam ke tak,sume jwpan positif aku dpt walaupun acik tu aku rasa bknla reka2 jwpn bg aku tenang.
Sembang sembang santai pastu aku tanya hari isnin sy hantar lagi.hrp dia dpt jagakan.dia kata ok.kami xbincang lg harga.kan dia kata nk try.takpela.esok2 blh.
Dlm perjalanan balik aku hairan juga cikpiyah seronok tak sudah2.aku syak dia gembira mama dh amik dia blik.haha.perasan.pandang muka aku,ajak menyembang..aku hrp bila dia besar nnt dia x ikut perangai gile aku mnyanyi mcm gile dlm kereta.

P/S: aku suka amik gmbr piyaah dlm carseat sbb tu antara waktu yg dia suka ketawa.pandang aku sambil memandu.comel kan piyah? :)

SOALAN



REPEAT. REPEAT. Dah lapuk tapi lantakla. peduli lah! 
1. What is the most important thing in your life?
My daughter la plak. Dulu myself. :D

2. What is the last thing that you bought with your own money?
kuih sarapan pagi semalam.

3. Where do you wish to get married?
already married. Hmm.kalau ikut i wish, kat tepi pantai. Wah gitu.

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?
hmmm. Hmmm. Soalan ape ni

5. Are you in love?
hmm.. hmm..

6. Where was the last restaurant you had dinner?
restoren? Mana ada restoren. Kedai sup masjid je kat subang perdana tu.

7. Name the latest book that you bought?
owh. Cintaku luruh di oxford. :D

8. What is your full name?
anisah binti othaman

9. Do you prefer your mother or father?
mother

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
no one. At least no one now. In my mind lah.

11. Christina or Britney?
naaaa!

12. Do you do your own laundry?
yelah, sape lagi nk diharapkan..

13. The most exciting place you want to go?
masih bekelah. But nak kembali ke tempat tu hmmm laamaaaaaaaaaaaaa lagi!!

14. Hugs or kisses?
Hugs!

15. 8 things I am passionate about.
- kids
- makan
- jalan-jalan
- lepak2
- masuk ke hutan
- keluar hutan lagi passionate
- mandi2 air terjun
- air terjun kot

16. 8 things I say too often.
- a'a ek
- eh yeke
- ooooo...
- hek ele
- dah la tu...
- lapo la..
- hmmm..
- hish!

17. 6 songs I could listen to over and over again.
- 150 juta (tetibe suke)
- Count on me – bruno mars
- rindu setengah matik. Ok mati.
- aku yang tersakiti - judika
- teman pengganti – black maria
- you are beautiful. (sbb ada orang bagi). Taktau la kot dia bg kt org lain jgk. Tp ttp dia bagi.

1 day of February 2013

Assalamualaikum sesame street people!

Harini 1st of February. 2013. February datang lagi. Kali ini dengan..entah.taktahu nak rasa apa. Selalunya februari antara bulan yang aku suka dalam setahun.  Walaupun aku tak bersama dia lagi, aku tahu dia tahu yang aku akan sentiasa ingat. Sentiasa. Tapi aku tak akan cakap la kan. Dah itu kehendak dia. 


So! Well..harini dah februari. Harini first day cikpiyah dengan babysitter baru. Opah Nab. Aku panggil acik nab ajela. Cikpiyah panggil opah. Ala2 mak gitu la..tgk cara dia pegang baby pun macam mak mak kite pegang kan..kadang2 kasar..kadang2 lembut..nak sapu air mata anak aku yg berair gune tapak tangan..kalau aku mama nye guna jari jemari aje..ala tak kisah la tu..

Tiap2 pagi aku selalu cakap ngan cikpiyah (kalau dia tak tido dalam perjalanan tu la) ..duduk ngan orang jangan buat perangai sangat..beranai sket (ckp orang banjar la kan)...kalau orang bagi susu dalam botol jgn taknak minum, jgn menangis2 sangat, petang mama amik. Bkn mama tinggal terus. Mama kene keje, nanti kita nak pegi jalan2 takde duit kalau mama tak keje..wah gitu nasihat. Selalunya dia akan senyum tersengih2 yang buat orang mcm nak gigit je dia,sampai sepet2 mata kalau nk gelak tu..selalunya macam tu la sejak dia pandai gelak ni...

Selalu last resort aku akan ulang bebelan yg sama dekat cikpiyah depan babysitter..selalu BS akan gelak utk apa aku taktau la..mungkin mengiyakan bebelan aku..begitu juga dgn opah nab ni. Tapinya!  Ha ada tapi plak dah..yang takbest plak tiap kali aku cakap kat cikpiyah, “syg nanti duduk ngn opah elok2, jangan nangis, minum susu, nanti mama amik..” acik nab tu mesti kata, “acik TRY la dulu ye. TRY.” Yela acik. Sy faham acik xnak bagi harapan kat saya. Kot la tetibe cikpiyah pun tak serasi gak ngn dia kan, mesti dia serba salah ngan aku, takpela acik. Nama pun terai kan. Ape pun kami tak bincang lagi.berapa nak bayar sebulan, macamana waktu tidur dia, banyak yg tak bincang lagi. Petang ni la kot aku rasa kalau dia ok baru kita bincang, gitula. Aku amik half day harini utk cikpiyah. Aku pun tak suka gak sebenarnya nak tinggal2 safiyyah kat orang..tapi dah kita terpaksa..

So, harini first day. First half day.klu ikutkan, apa pun takleh nilai sangat based on half day ni. Tapi takpela. Dah nama pun terai kan, ye dak? Acik ni orang batu kurau, eh ke kuala kurau tah. Tapi slang kadang bunyi cam terengganu kelantan. Konpius.

Harap baby safiyyah okey. Tok hari2 tepon mama tanya camane safiyyah , cemana safiyyah..tok ada kat kl sekarang ni. Ada kerja. Tok dah pencen2 pun kerja lagi. Asyik tinggal je tok ki kat kerteh nun. Hahaha. 

Okey lah. Nanti kita update lagi cerita pasal cikpiyah  k.

Korang tak payah la baca. Buat penat je nanti.

Assalamualaikum.