
(See attached file: Makkah Hospital.3gp)
http://img531.imageshack.us/my.php?image=makkahhospitalfh8.flvLihatlah Kuasa Allah..
Doa..kita sentiasa berdoa..doa bukan sekadar kita meminta sesuatu dari Allah lepas bersolat, bukan sekadar memohon sesuatu untuk kepentingan diri sendiri mahupun orang lain..tapi setiap kata-kata itu adalah satu doa..aku terfikir hari ni lepas ada seorang "orang" telah mengucapkan sesuatu yang pada hematku amat menakutkan..kerana ku rasakan kata-kata itu satu doa..aku katakan padanya, jangan sebut perkataan yang bukan2, kerana kata2 itu satu doa..dia tidak marah tapi dia memulangkan paku buah keras kepadaku..katanya aku juga selalu katakan perkara yang bukan2, kuakui itu kelemahanku..tapi aku rasakan bagus juga pertelingkahan pagi ini, sekurang2nya aku sedar yang bila mana aku mengucapkan kata2 itu, aku seperti tidak bersyukur dengan apa yang aku dapat..terima kasih sayang kerana membuatkan aku sedar yang aku ni sebenarnya kurang bersyukur..
aku tau, aku juga selalu mengucapkan kata-kata yang pada pandanganku sendiri tidak patut sama sekali diucapkan..kutahu Tuhan itu Maha Mendengar dan Dia boleh mengabulkan setiap kata-kata kita samada kita sedar ataupun tidak..
dia selalu katakan pada aku, aku ni selalu tak bersyukur, kadang2 aku tak faham kenapa itu kata2 yang dia ungkapkan, aku selalu marah padanya dengan mengatakan bagaimana dia tahu aku tidak bersyukur? dia tahukah apakah aku bersyukur? rupa2 nya ada banyak cara untuk bersyukur..
terima kasih kerana ingatkan aku itu, terima kasih kerana menyedarkan aku..
aku hidup selama ini sebagai insan yang tidak pernah bersyukur pada nikmat-Nya..hinanya aku..
kepada my sayang, thanks for always advising me in your own way.. =)
No comments:
Post a Comment