Thursday, April 25, 2013

4 Day Wait Rule



"4 Day Wait Rule" adalah cara mudah untuk mengenal pasti sebarang tanda-tanda, reaksi, sensitiviti atau alahan terhadap bayi anda kepada makanan yang baru diperkenalkan.

Ingin diingatkan, selain dari masalah alahan, makanan yang baru diperkenalkan juga boleh menyebabkan masalah penghadaman terhadap bayi anda seperti sakit perut, kembung dan masalah pembuangan air besar seperti cirit birit atau sembelit.

Jadi, perkenalkan satu jenis makanan sahaja pada satu-satu masa dan sama dalam tempoh 4 hari.

Sebagai contoh, jika anda memberi anak anda Avokado pada hari Isnin, tunggu sehingga hari Jumaat untuk memberi makanan yang baru.

Namun, jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda alahan dalam tempoh 4 hari tersebut, anda perlu berhenti dari memberi Avokado tersebut untuk mengelakkan alahan anak anda menjadi semakin serius.

Sentiasa prihatin dan bersabar dalam proses memperkenalkan anak-anak dengan makanan. Apa yang penting, anak anda mendapat makanan yang sihat dan segar sedari usianya 6 bulan! :)


sumber: Mamam Mom (FB)

No comments: