Thursday, April 25, 2013

Signs for your baby's first solid food. yeay!



Salam. Harini bertarikh 25 April 2013. Bermakna Cik Safiyyah Az-Zahraa kita berumur 5 bulan 2 minggu 2 hari. (aku ikut je lilypie nye calculation. Haha dasar pemalas)

So, alhamdulillah syukur ya Allah selama hampir 6 bulan pertama, makanan safiyyah hanya lah susu ibu. Susu terbaik didunia. 6 bulan lalu aku risau dan tak pernah menyangka yang aku akan berjaya menyusukan dia exclusive breast milk. Exclusive. Okla. Cukuplah tu.

So, menghampiri usia 6 bulan ini, aku dah mula survey peralatan-peralatan untuk cikpiyah kita ni makan. Tiap tiap bulan satu satu item aku beli. Kadang sebulan tu beritem item. Huh.
Setelah agak complete, agakla belum complete semua pun lagi. Mangkuk makan tak beli pun lagi. Sudu dah beli. Haha. 

Post kali ni aku nk kongsi tanda tanda yang anak anda sudah bersedia utk makan buat pertama kalinya,,hasil google lah kan. Buat apa ada google kalau tak guna kan.
Jadi aku translate sikit2 takdelah sebijik2 dari satu website ni..copy paste sket2 la..kan dah blaja masa kat uia dulu. Skil copy paste ni.

“kadang kadang, antara umur 4 hingga 6 bulan pertama, baby kita akan tunjuk minat dengan apa yang ada dalam pinggan kita, apa yang kita makan. Sooo.... Here's what to look for before starting your baby on solids.”

1.       Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak. (dah tegak dah kepala dia)
2.       Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa. (sandar kat bantal la tapi) haha
3.       Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya. (berat lahir 3.005kg. berat semasa 5 bulan 7.5kg. dah hampir triple dah)
4.       Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali. (ini tak pasti la plak)
5.       Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa. (haha klu aku makan kat meja tu selalu je skodeng jenguk2 kepala)
6.       Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
7.       Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya. (tak pernah try lagi ni. Tapi penah masukkan oren sket2 dalam mulut dia, dia merasa dgn lidah la tapi)
8.       Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan. (blom try)
9.       Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya. (huii pegang apa je yg takboleh. Paip air pon sibuk nak pegang)
Jadinya..
Tak sabar mahu mencubaaaaaa!! Ada masa nanti aku share peralatan peralatan yang dah dibeli utk kegunaan solid food cikpiyah..
Bye.




No comments: