Monday, May 20, 2013

I carry your heart, in my heart, Love.

i carry your heart with me(i carry it in my heart)
i am never without it (anywhere
i go you go,my dear; and whatever is done
by only me is your doing,my darling)
i fear no fate(for you are my fate,my sweet)
i want no world(for beautiful you are my world,my true)
and it's you are whatever a moon has always meant
and whatever a sun will always sing is you
here is the deepest secret nobody knows
(here is the root of the root and the bud of the bud
and the sky of the sky of a tree called life; which grows
higher than the soul can hope or mind can hide)
and this is the wonder that's keeping the stars apart
i carry your heart(i carry it in my heart)

E.E. Cummings

Friday, May 10, 2013

First Solid Food V2

 memula main dulu

 pastu kene pegang tangan dia nak suruh makan

last last dia buat kibas2 jek. main je lebih

ni very first trial bagi cikpiyah solid food. masa ni belum pun 181 hari. baru 172 hari. tak sabar punya mak. tapi sebenarnya dah boleh dah..

First solid food.



Sambungan untuk post tadik. Huhu.

Post ni nak share Cikpiyah punya first experience dengan solid food.  Masa dia umur 172 hari, mama dia tak reti sabar dan terlalu excited nak kenalkan dia dengan makanan. Sebenarnye lebih kepada nak try food feeder yang baru beli tu. Haha. K bangang nye mak. Huhuhu..

Anyway, masa ni dah try pisang tapi just lecek2 aje. Tak blend pun. Masukkan dalam fruit feeder dia, bagi dia eksperimen sendiri dengan benda tu. Since she’s interested to put evertyhing into her mouth now. So nak tengok juga la reaksi dia bagaimana. Memang berjaya juga. Pandai juga dia makan. Tapi masih aku tak suap air masak pada dia. Lepas dia makan, cepat cepat susukan dia. Takut juga tercekik kan. 

Lepas dua tiga hari tak delah terasa sangat nak bagi dia makan. Sampai la bila dia dah umur 179 hari lebih kurang which is few days after dia try first solid tu, mama blend kan pisang + susu ibu. Makan dua tiga suap je pastu nak main. Balance bekukan buh dalam cube ice tu.
Ok sekarang kite cite the preparation of the banana puree. Setakat baru baru ni aku hanya mulakan dengan pisang. Next i’ll try avocado and minggu seterusnya will try apple pulak. Bapaknya tak bagi aku try apple awal2.
Ok nak cerita dari tadi preparation ni.
Senang jek.
1.       Pisang. Ku pakai pisang montel. Pisang emas la pulak lepas ni.
2.       Susu ibu / susu fm / air masak
3.       Blender makanan bayi (jgn pakai blender cabai tu woi)
Cara cara: blend aje semua. Aku pakai baby bullet yang dah pecah satu itu. Dalam 7 saat dah hancur semua.
Lepas tu tapis la dan sedia untuk dijamu kepada bayi anda! Kalau nak frozen kan, masukkan dalam cube yang orang buat ais tu. Senang jek. (takde gambo)
 Eh kenapa berbaur macam nak bagi instruction kat orang pula ni. Hahaha.

6 months old little sayang



Salam. Harini 10.5.2013.

Which means she turns 6 months old. Alhamdulillah, she’s a fully breast feed baby, satu perkara yang tak pernah aku jangka selama ini. Mendoakan anak ini akan dapat yang terbaik sehingga waktu nya tiba untuk dia berhenti kelak.

6 months. Maknanya juga ini adalah masa untuk perkenalkan dia dengan solid food. Food. Orang dulu dulu selalu kata, 4 bulan dah boleh makan, tapi aku berkeras dan berhasrat juga nak tunggu sehingga dia betul betul 6 bulan atas nasihat doktor untuk memperkenalkan solid food ni. Tapi ada juga terlajak terlajak sebab tak sabar punya pasal. Hehehe.

Selamat menjamu selera anak mama yang manja.


Gambar semalam. 9.5.2013


Thursday, April 25, 2013

4 Day Wait Rule



"4 Day Wait Rule" adalah cara mudah untuk mengenal pasti sebarang tanda-tanda, reaksi, sensitiviti atau alahan terhadap bayi anda kepada makanan yang baru diperkenalkan.

Ingin diingatkan, selain dari masalah alahan, makanan yang baru diperkenalkan juga boleh menyebabkan masalah penghadaman terhadap bayi anda seperti sakit perut, kembung dan masalah pembuangan air besar seperti cirit birit atau sembelit.

Jadi, perkenalkan satu jenis makanan sahaja pada satu-satu masa dan sama dalam tempoh 4 hari.

Sebagai contoh, jika anda memberi anak anda Avokado pada hari Isnin, tunggu sehingga hari Jumaat untuk memberi makanan yang baru.

Namun, jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda alahan dalam tempoh 4 hari tersebut, anda perlu berhenti dari memberi Avokado tersebut untuk mengelakkan alahan anak anda menjadi semakin serius.

Sentiasa prihatin dan bersabar dalam proses memperkenalkan anak-anak dengan makanan. Apa yang penting, anak anda mendapat makanan yang sihat dan segar sedari usianya 6 bulan! :)


sumber: Mamam Mom (FB)

Signs for your baby's first solid food. yeay!



Salam. Harini bertarikh 25 April 2013. Bermakna Cik Safiyyah Az-Zahraa kita berumur 5 bulan 2 minggu 2 hari. (aku ikut je lilypie nye calculation. Haha dasar pemalas)

So, alhamdulillah syukur ya Allah selama hampir 6 bulan pertama, makanan safiyyah hanya lah susu ibu. Susu terbaik didunia. 6 bulan lalu aku risau dan tak pernah menyangka yang aku akan berjaya menyusukan dia exclusive breast milk. Exclusive. Okla. Cukuplah tu.

So, menghampiri usia 6 bulan ini, aku dah mula survey peralatan-peralatan untuk cikpiyah kita ni makan. Tiap tiap bulan satu satu item aku beli. Kadang sebulan tu beritem item. Huh.
Setelah agak complete, agakla belum complete semua pun lagi. Mangkuk makan tak beli pun lagi. Sudu dah beli. Haha. 

Post kali ni aku nk kongsi tanda tanda yang anak anda sudah bersedia utk makan buat pertama kalinya,,hasil google lah kan. Buat apa ada google kalau tak guna kan.
Jadi aku translate sikit2 takdelah sebijik2 dari satu website ni..copy paste sket2 la..kan dah blaja masa kat uia dulu. Skil copy paste ni.

“kadang kadang, antara umur 4 hingga 6 bulan pertama, baby kita akan tunjuk minat dengan apa yang ada dalam pinggan kita, apa yang kita makan. Sooo.... Here's what to look for before starting your baby on solids.”

1.       Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak. (dah tegak dah kepala dia)
2.       Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa. (sandar kat bantal la tapi) haha
3.       Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya. (berat lahir 3.005kg. berat semasa 5 bulan 7.5kg. dah hampir triple dah)
4.       Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali. (ini tak pasti la plak)
5.       Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa. (haha klu aku makan kat meja tu selalu je skodeng jenguk2 kepala)
6.       Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
7.       Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya. (tak pernah try lagi ni. Tapi penah masukkan oren sket2 dalam mulut dia, dia merasa dgn lidah la tapi)
8.       Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan. (blom try)
9.       Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya. (huii pegang apa je yg takboleh. Paip air pon sibuk nak pegang)
Jadinya..
Tak sabar mahu mencubaaaaaa!! Ada masa nanti aku share peralatan peralatan yang dah dibeli utk kegunaan solid food cikpiyah..
Bye.




Wednesday, April 3, 2013

Baby Bullet

DAH BELIIIIIIIIIII.... WEEEHOOOOOOOOO... TAK SABAR NAK GUNA FOR FIRST SOLID TO CIKPIYAH!.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
k bye.