Wednesday, February 9, 2011

Like you!

I like you. People say Ive got no taste, but I like you. :P


Tuesday, February 8, 2011

S.A.R.C.A.S.M.


According to the Dictionary.com, it means:

harsh or bitter derision or irony.

Menurut Kamus Times English – Malaysia Terbitan 1982, bermaksud:

Bahasa ejekan, sindiran, ucapan kata-kata yang tajam yang dimaksudkan untuk menyakitkan hati.

Sarcastic pula: tajam, pedas, yang berkenaan atau menggunakan bahasa yang tajam (sindiran)

Hmmm…jadi, aku mmg manusia yang selalu mengeluarkan kata-kata berunsur sarcastic. L

Unintentionally..seriously..

I really hope that you are immune to my sarcasm.. I really do..

value friends

Apologizing doesn't always mean that you're wrong and the other person right. It means that you value your relationship more than your ego.

Monday, February 7, 2011

CNY Break and Freak

LAYANG-LAYANG TERBANG LAGI DI PUNCAK BROGA

Cik Anes ngan layang-layang dah nak turun..

Tok Azan pun capek nak turun

Cik As lihat layang-layang saya terbang di udara!


FIRST BEKELAH IN 2011

Group potrait

starting point

on trek


Zack dan aksi tiruk

Kolam 7.

paling poyo.

PANJAT-PANJAT DI JBSWP MON'T KIARA


Zack second route. tight katanya...

Lan on the move.

CikAnes

Epul Haji Ding...


3hb Februari 2011. Jam 600 am.

(sepatutnya lagi awal – sebab menunggu seorang kawan yang baru tiba dari Kedah) kami bertolak dari Gombak menuju ke Semenyih . Tiga kereta semuanya. Dengan harapan kami dapat lihat sunrise di puncak Broga. Tapi disebabkan kelewatan, starting point saja keadaan dah cerah. Mujur tak panas, masih sejuk awal pagi. Kami teruskan pendakian dengan kadar kelajuan sederhana sahaja kerana ada beberapa rakan yang pertama kali mendaki. Kami teruskan perjalanan dengan membawa misi untuk menaikkan layang-layang di puncak Broga. Perjalanan terhenti sedikit-sedikit disebabkan ada seorang rakan yang semput di pertengahan jalan. Pertama kali mendaki, mungkin tidak banyak membantu. Tapi semangat beliau harus dicontohi.

Tiba di puncak, layang-layang dipasang, angin yang kuat sangat membantu menaikkan layang-layang. Namun ada ketikanya layang-layang kami terjunam, mungkin disebabkan kawalan yang kurang cekap. Biasalah, kami bukan pemain layang-layang tegar. Kami pendaki sedikit tegar. Cewah! Prop-prop lain iaitu belon-belon sabun yang dibawa juga kami keluarkan untuk si gadis bermain. Si photographer-photographer tegar cargas mengalih lensa kamera ke arah kami si gadis-gadis yang bermain tiup-tiup belon. Hahaha.. lucu. Mangkuk betul ayat kau anes!...

Selepas sarapan dengan breakfast yang tak berapa nak sedap, kami terus turun ke base. (ceh base konon)…pulang untuk merehatkan diri untuk perjalanan seterusnya esok malam..

4hb Februari 2011. 1230 am.

Kami berkumpul di kedai epul haji ding..untuk kiraan kereta. (padahal dua kereta je). Kemudian bertolak ke HQ Petronas Karak Highway untuk isi minyak kereta dan beli makanan-makanan ala kadar untuk santapan perut di Bekelah nanti. Bertolak dalam jam 1 pagi, WUE 8456 mendahului WRF 6037. Kami berhenti minum di R&R Temerloh sebelum meneruskan perjalanan ke Maran, Pahang. Kami tiba di Masjid Kampung gelugor, Maran dalam 3.30 pagi sebelum meneruskan lagi masuk ke dalam base camp (ceh base camp pulak). Kami tiba tepat jam 4 pagi dan mengambil keputusan untuk tidur di dalam kereta sementara menunggu pagi cerah. (selalu kami tidur di masjid sementara tunggu cerah tapi sebab kereta nak parking dalam, kami tidur kat dalam base camp tu terus)

Hari agak-agak cerah, kami terus mulakan trekking. Hari ni Sakinah agak fit selepas trip Broga, dia membawa gas semput (inhaler) untuk stand by tapi aku tak nampak pula dia menyedutnya. Mungkin Bekelah sangat santai laluannya, Cuma agak mencabar dan terlalu ekstrem bagi si pertama kali…bagi yang dah berkali-kali, macam aku dan zack, kami pakai crocs je..balancing dah tau kat mana, Sakinah pakai kasut Power pun tergelincir atas batu. Itu yang orang katakan, practice makes perfect. Bekelah tu tempat wajib setiap tahun.. tapi malang kita tak boleh bau, apa-apa pun, kami tetap berhati-hati.kerana Bekelah tu sangat wajar untuk berhati-hati kerana… kan dah bagitahu tadi. Ekstrem…

Kami sampai setelah trekking lebih kurang sejam setengah. Selepas mandi-mandi, makan-makan, tangkap-tangkap gambar, lemas-lemas, hanyut-hanyut, tergelincir-tergelincir, tiruk-tiruk, lompat-lompat, berenang-berenang, kami mula trekking pulang dalam jam 12lebih tengahari kerana melihatkan langit sedikit kelam ada tanda-tanda mahu hujan. Kerana risaukan teman-teman yang asyik tergelincir sakan, kami buat keputusan untuk turun bagi mengelakkan hujan. Kerana kalau hujan, lagi ekstrem! Dari ekstrem, jadi double ekstrem, mana tahu air naik, kami susah nak jalan di tepian-tepian air..kerana ada ketikanya, kami harus jalan disebelah air yang deras. Bahaya.

Eh panjang pulak cerita aku ni..tadi macam nak tulis pendek-pendek je.. so sabtu tu aku rehat satu hari di rumah, tak tahu pula apa aktiviti-aktiviti manusia lain.

Hari ahad kami pergi climb di Mon’t Kiara. Lama tak climb di Mon’t Kiara, abes tangan luka-luka. Zack dan Lan pun climb difficulty, aku dan epul climb top rope, just untuk rasa je..kui3~~

So nilah aktiviti aku time Chinese New Year, orang lain balik kampong, aku tak balik kampong…




Wednesday, February 2, 2011

Kangen Band - Jangan Bertengkar Lagi

sadarkah kau kasih kelakuan kamu

sungguh sangat menyiksa aku

padahal ku beri apa yang kau mau

tapi kau tak mengerti aku

sakitnya hatiku dengan semua caramu

bila kau terus begini nanti ku bisa pergi

aku mohon sayangilah

diriku di dalam hidupmu

dan kamu jangan kasar-kasar lagi

dengarlah pujaan hati

aku mohon mengertilah

kita jangan bertengkar lagi

hadapi semua dengan dingin hati

dengarlah pujaan hati

aku mohon mengertilah

kita jangan bertengkar lagi

hadapi semua dengan dingin hati

dengarlah pujaan hati

Ini Bukan Musim Durian. Ini Musim Demam.


1 Februari 2011. Time orang-orang KL, orang wilayah semua sedang enak² bercuti dan beraktiviti, kami yang bekerja di selangor ni rileks sikit la sebab pegi kerja jalan sangat clear..takde jem sangkut²..bahagia jela sehari walaupun terpaksa bekerja...tapi takpe. sebab petang tu dapat makan durian, walaupun tengah demam dan sakit tekak, suara ala-ala Ella..tapi sebab durian, aku gagah jugak..

para cikgu sedang bertungkus lumus mengupas buah-buahan yang ado..

orang demam nombor 2 yang juga rancak melantak durian

bukan hantu durian yang demam pun galak sama

uncle Segar yang dah agak segar petang ni...

si Mat ni pun nak bergambo juga dengan durian haku..

lagi cikgu-cikgu yang excited dengan durian

ini juga...durian fever...