Sunday, January 24, 2010

sakit.

klu hati ni boleh dilihat dengan mata kasar, untuk kita lihat corak dan kesan2 terluka, pasti hati aku lah paling teruk penilaiannya..
klu lagi hati boleh dicuci dgn klorox untuk hilangkan kesannya, pasti indah hidup seharian bila hati bersih, dicuci klorox hari2..

Saturday, January 23, 2010

rindu ayah.

rindu ayah..

rindu mak..

perlukan seseorang untuk ku menangis bersama..

adakala.ku rebah jua. tak sekuat biasa. aku cuma manusia. 


Thursday, January 21, 2010

nakbeli! nakbeli!




nak beli..~

1. lesung batu :

nak tumbuk cabai ngn bawang senang.

++ mintak kat mak lesung batu penumbuk, dia nak bagi penumbuk betul²..sampai hati mak..sob..sob..

2. blender :

nak blender cabai senang. takyah tumpang rumah orang. lagi satu senang nak buat sup cendawan mak yang sedap kat rumah.

3. tempat masak air..**sian aku masak air pakai messtin jer..

ke boleh dapat free je dari mana2?? sape2 nak bagi kat aku?

missyou.





malam tadi aku pergi puchong lepas fikir² taktau mana nak pegi. balik rumah pun aku sorang² mengadap tv, mengadap laptop. amik masa sejam jugak nak sampai ke sekolah kakwan dari sekolah aku. sekolahnya tak jauh dari rumah. tak sampai 2km pun.
sebelum balik ke rumah, kami pegi jemput aina dan aidif di taska. sampai² je aina buat muka pelik. muka confius. kerut² kening bagai. amboi. takkan tak kenal cekcik dah kot. baru sebulan tak jumpe. saje ngade². balik² je kami buatla ape² yg patut. main same², tolong sapu depan rumah, sapu belakang rumah bla bla bla...layan bebelan aina.

sekurang² terubat kesunyian aku bila memang betul² tak ada orang nak layan. semalam semua orang silent. ok fine la. aku pun taknak la kacau orang tibe². nanti ade yg kate aku penyibuk. so aku duduk diam² layan budak² ni. aidif dah nak dekat aku. dulu sikit² nak berkepit ngn mak dia. skarang dah boleh tinggal. dah boleh dukung². alhamdulillah. tunggu sikit lagi dah besar, dah bebel kuat macam kakak dia, taktau la nanti..

huhu..icak ngn husna. tunggu cek cik balik bulan depan eh..
balik ni konfem aku kene tadah telinga dengar semua pertanyaan orang..adei..

p/s: nak kena carik topeng muka untuk bawa pulang. siriyes.

Wednesday, January 20, 2010


Bro. Musa (Presiden PMM), N. Magendran, Sifu, Alain Robert, unknown, Datuk Sieh Kok Chi, AbgRoy

Alain Robert come back to Malaysia??
mmg dia pun. ni mase majlis dinner MOM 16 januari 2010.
supposed aku pun pergi dinner ni. tapi ade hal plak. so ter miss. klu tak boleh mintak kasut climb dia. haha..yang dia gune untuk climb KLCC tu. haha.

p/s: gembirakan hati sendiri jika orang lain tak ingin lakukannya.

Selamat Pengantin Baru


Jemputan ke majlis perkahwinan kakak saya -
Nur Barizah Bt Othaman dan Mohd Razif
pada 13 Februari 2010

jam: waktu standard makan tghari la kot.
agenda: taktau.
di alamat:
141 Jalan Hang Kasturi Taman Dawani 81400 Senai Johor.
07.5992.734

Ramai-ramai meriahkan majlis.

manasatu?


"aku kau sayang. dia kau suka. mana satu maumu?"
"nak dua² boleh...? disana hanyalah menanti.."
"jadi disini apa? menunggu sesuatu yang tak pasti?"
"disini tetap menunggu. berada jelas dimataku. kasih tak luak kepada aku. sanggup menunggu kata putusku. sayang ketabahanmu menawanku.."

-------------------------------------------------------------------------------------

manusia mmg diberi banyak pilihan. sampai kadang² tak tahu yang mana harus dipilih untuk dijadikan terbaik. bila dah ada yang terbaik, dicari lagi yang terbaik. adakalanya sehingga terlepas yang terbaik yang telah ditinggalkan..
manusia mmg tamak kan? tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah beri.
jom sama² muhasabah diri sendiri..tak pernah puas. Allah dah tentukan A, kadang2 kita nak B. bila dah dapat B, tiba2 nak A balik.

ok. jangan confius. jom fikir mana yang terbaik untuk kita dalam semua hal.

Tuesday, January 19, 2010

aku anak, aku serbasalah

malam hari tu mak call.
mak tanya kabar. mak tanya kenapa senyap je seminggu ni. takde call mak pun.
saya kata, ada je mak kat sini. tak kemana².
tapi mak agak bising sikit sebab dua hari lepas masa dia call, telefon tak dapat sambung langsung. dia tanya aku pegi mana. aku cakap masuk hutan. dia bising lagi. aku cakap sorry tak bagitau pegi. sebab aku fikir tak jauh pun. lagipun tak lama. lepas dah cool sikit mak tanye..

mak: ape cerita? takde ape² cerita?
saya: cerita ape pulak mak?
mak: cerita yang tu la...
saya: (senyap dan mengeluh), takde ape la mak. tak buat ape² pun lagi.
mak: hari tu kate nak cakap ngn kakwan. dah cakap blum?
saya: dah cakap dah. tapi belum bagi nombor kat dia. kakcik simpan dulu nombor tu. tak buat ape² pun.
lagipun kakwan bz hari tu. baru bukak sekolah. banyak benda dia nak fikir.
mak: mak pun hari tu ingat nak call dia. tapi terlupa..
saya: haa?? mak nak call dia? nak buat ape???
mak: saje2 la..
saya: tak payah la mak, nk buat ape call dia..biar je dulu..

lepas berbual beberappa ketika, kami letak telefon.
aku mengeluh beberapa kali..dan termenung sambil terbaring atas katil.
macam² la. malas aku nak fikir..
harapan mak terlalu tinggi untuk lihat aku bahagia..

aku ingin bahagia, tapi bila..taktau. tunggu lah..tak payah kejar. tunggu dia datang dengan sendiri..

Friday, January 15, 2010

Cara untuk kuruskan badan - in their way

5 Fakta kenapa 95% usaha untuk kurus gagal.
Fakta 1.
Memilih cara yang tidak sihat seperti DIET KETERLALUAN - 'CRASH DIET' atau tidak makan. Berat badan akan turun tetapi akan naik lebih berat selepas itu.
Fakta 2.
dalam keadaan lapar, badan akan mentafsir keadaan ini sebagai bahaya kebuluran dan secara automatik bertindak menyimpan tenaga dalam bentuk lemak dengan kadar lebih cepat.
Fakta 3.
Diet keterlaluan menyebabkan kandungan otot dalam badan berkurangan kerana tidak cukuop protein. Otot dapat membakar lemak dengan kadar yang lebih tinggi, dan kekurangan otot akan mengurangkan kebolehan badan untuk membakar lemak.
Fakta 4.
Penggunaan pil dan jus pelansingan adalah sekadar jalan pintas.
Fakta 5.
Rawatan pelansingan menggunakan mesin. Selalunya berat yang kurang adalah daripada kehilangan air daripada berpeluh., bukannya pembakaran lemak. Kehilangan air yang banyak jika tidak diganti akan menyebabkan penyahhidratan yang juga memudaratkan.
Bagi mengatasi masalah ini, pakar-pakar nutrisi telah mencadangkan cara-cara berikut:
Cadangan 1.
Kurangkan makan makanan yang berkalori tinggi. Ambil makanan seimbang yang mengandungi kalori rendah, dan cukup zat-zat lain seperti protein, vitamin, mineral, dan serat.
Cadangan 2.
Makan lebih kerap supaya tidak berada dalam keadaan lapar yang mana boleh manmbah kandungan lemak dalam badan.
Cadangan 3.
Bersenam 3 kali seminggu.
Cadangan aku:
Bersukanlah. Macam² permainan ada sekarang ni yang boleh mengaktivatekan pengeluaran peluh. Boleh cuba mana² yang kamu suka. ok? hehe..
oh ye? berenang pun bagus juga ya?
badminton juge. dah lama tak smash² orang. haha. macam pandai jer.
jom berenang. jom badminton. jom mendaki. jom climbing!

Thursday, January 14, 2010

ku tahu kini rinduku pada siapa..

rabia'tul husna - cekchik rindu nak gigit pipi.
muhammad isyraq - cekchik rindu dengan degil+buas+nakal
aina malliani - cekchik rindu dengan manjamu
Muhammad Aidif - Cekchik rindu dengan rengekan mengadamu
LOVE EVERYBODY.
TUNGGU CEKCHIK BALIK.
TUNGGU CEKCHIK NAK CIUM SEMUA..





WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
ku jejaki..

Aku..
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan..

[No wonder haji mus suka lagu ni dijadikan tema nyanyian untuk jurulatih PLKN. lagu ni mmg menyentuh perasaan. same goes to everybody, to me..andai kita tak diterima dimana², kemana langkah kita seterusnya..?]

Tuesday, January 12, 2010

topic : saje².

Soalan:
cemane nak tau orang yang sayang kite dah tak sayang kite?
ade ke term.."dah taktau nak sayang macamana?"

Monday, January 11, 2010

bile climber berbowling :: lagha mode. huhu.

sabtu. kot. lepas balik climb.
ade orang ajak pegi mancing. (aku mancing ker?)dalam hati berbelah bagi. kalau aku ikut,mesti aku open tikar, bawak novel, bawak bantal, cari port landing baik punye. bukan hobiku memancing. bukan minatku memancing. paling tak suka sebab tiada kesabaran ketika menunggu. duduk² kat kedai damai bistro, mama tanye..(mama ni mama angkat ku)

[mama: anis, nak ikut diorang pegi mancing ker?tak payahla..]
[anis: entahla mama. saye tak suka mancing tapi kalau takde ape nk buat ikut jela. nape?]
[mama: mama pun rase mcm nak keluar. jomla anis. tak payah ikut dorang mancing. kita pegi tempat lain. main bowling ker, karoke ker..]
dalam hati..ni ayat pancing mama ni..
[anis: ha. boleh gak tu. sy malas nk tunggu dorang pancing ni - klu pancing dapat orang takpe gak. hahaha (ni ayat tambah dalam hati)]
[mama: sape lagi ek boleh ajak? dida ikut cik oji dia pegi rehearsel AJL lak..(dida ni anak mama. umo 15tahun)]
[anis: takpela mama. kita pegi jela. nanti sy try carik² lagi sape² yg free]

mama sebelum balik siap², masih berusaha untuk mengajak orang² yg ajak pancing tu ikut. tapi gagal.
aku trus roger iela dan tokya, evy liana atang. bile dengar pasal karoke jer, dia melompat. hantu karoke betol budak nih.
tapi mlm tu, aku hanya berbowling untuk lepaskan tension. sebab hari² asyik tension jer. so boleh bayangkan muke orang yg kita marah tu pada pin² bowling tu. haha.
evy ngn kawan² dia melantak² berlagha dengan menyanyi². tinggal aku, mama, iela dan tokya saje yg masih setia berbowling. sakit abes tangan² sebab masuk jari di lubang yang kecil². (sebab bola bowling tak banyak pilihan. yang tinggal pun bola² berat.)

we had fun that night. eventhough tak release sangat tension, tapi ade la sket lepas..

edisi² foto akan di"war²" kan lepas nih. salam semua.

p/s: rindu kat aina, husna, isyraq dan aidif la...nk pergi ke rumah bangah di puchong rase malas apetah lagi nak balik ke sane (tmn dawani) . berganda².

Sunday, January 10, 2010

panjat:bowl :: edisi foto ::

mama tokya dan iela sedang pilih bola teringan.
tiada caption untuk gambar ini.
lagi aku memerhatikan bola masuk longkang. adey.."tak strike ko tokya..": suara hati jahatku.
screen mode.
pagi: prepare barang climb. gosok kasut.
pagi: brg climb baru dan lama. nk carik harness baru.
gosok lagi. kasut baru. orang bagi.
saltic BONGO kesayangan.
belay dulu
belay lagi. dgn aksi bahaya tanpe melihat climber.
ayap on the move = monsoon 6A
lepak
dida dan kazennye.
ramai² lepak dengar celoteh mama.

panjat.penat.peluh.sihat.

sebab demam semalam.

rase nak kuar kan peluh.

turun damai.

climb petang.

panjat satu route. monsoon.

pam tangan, lebam kaki, cramp jari2.

sampai top. alhamdulillah.

dalam kepayahan.

petang, demam dah kebah.

dah lega. alhamdulillah.

Friday, January 8, 2010

cinta


aku?

cinta siapa?

cinta apa?

tertanya-tanya aku soalan ni hari2.

tak jumpe jawapan.

ape aku takut sebenarnya?

ape aku nak sebenarnya?

tanye2 sendiri pun takde jawapan.

tanye orang? bukan caraku luahkan perasaan.

duduk diam2 dalam hati.

nak bukak ke nak tutup. 

orang kate baik aku bukak.

aku rase mcm nk tutup bukak tutup bukak.

bukak la..

tak perlu mencari, kerana cinta datang sendiri..

kan?


penat


aku asyik sebut penat. penat. penat.

mmg penat pun.

penat sangat bile melibatkan perasaan.

tapi klu penat badan aku suka.

sebab aku bole recharge.

tapi yg ni lain macam sket.



perasaan berbunga²? --> langsung tak.

perasaan berderai²? --> ye mungkin. mcm kace yg berderai² tu.

belajar hidup sendiri..lepas ni.