Sunday, June 16, 2013

Cinta asalnya dari satu tempat

Pernah jatuh cinta pada hati orang yang sudah berpunya?
Saya pernah.
Saya percaya kamu juga pernah. Ramai yang pernah.

Normal bagi golongan yang tidak pernah merasa golongan yg pernah ini gatal, atau sengaja atau mencari pasal. Cuma, jangan yakin melaung, "Kejinya! Bodohnya! Aku takkan buat begitu."

Perjalanan hidup bukan di tangan kita yang menentu..

Saya sedar, manusia bukan kepunyaan manusia.

Pasangan kekasih bukan memiliki satu sama lain,
pasangan bertunang juga bukan memiliki satu sama lain,
suami isteri juga. bukan seratus peratus memiliki satu sama lain.

Saya juga pecaya seperti kata dia, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta kerana mencintai Allah.

Saya percaya jodoh itu misteri. Ler=taknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain letakkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan orang bujang. atau lelaki berkopiah. atau wanita yang tidak pernah berbuat salah.

Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan yang Maha Pencipta. jadi ia boleh datang dalam macam macam rupa.

Kalau kita hendak tahu apa akhirnya cerita cinta kita, kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.

Dan tempat asal itu cuma ada satu.

Sumber: LV - WA 2013 


Monday, June 10, 2013

Bakat



Bakat.

Aku tiada bakat semulajadi.
Aku tiada skill semulajadi.
Aku tak tahu bakat aku apa.
Aku tak pandai menulis. Tak pandai mengarang. Tak pandai berimaginasi. Tak pandai menjahit. Tak pandai memasak. Tak pandai mengemas.
Aku tiada bakat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku tak ada semua itu. Macam tak percaya.
P/S:  Jadi ibu boleh dikira sebagai bakat semulajadi tak?