Monday, January 11, 2010

bile climber berbowling :: lagha mode. huhu.

sabtu. kot. lepas balik climb.
ade orang ajak pegi mancing. (aku mancing ker?)dalam hati berbelah bagi. kalau aku ikut,mesti aku open tikar, bawak novel, bawak bantal, cari port landing baik punye. bukan hobiku memancing. bukan minatku memancing. paling tak suka sebab tiada kesabaran ketika menunggu. duduk² kat kedai damai bistro, mama tanye..(mama ni mama angkat ku)

[mama: anis, nak ikut diorang pegi mancing ker?tak payahla..]
[anis: entahla mama. saye tak suka mancing tapi kalau takde ape nk buat ikut jela. nape?]
[mama: mama pun rase mcm nak keluar. jomla anis. tak payah ikut dorang mancing. kita pegi tempat lain. main bowling ker, karoke ker..]
dalam hati..ni ayat pancing mama ni..
[anis: ha. boleh gak tu. sy malas nk tunggu dorang pancing ni - klu pancing dapat orang takpe gak. hahaha (ni ayat tambah dalam hati)]
[mama: sape lagi ek boleh ajak? dida ikut cik oji dia pegi rehearsel AJL lak..(dida ni anak mama. umo 15tahun)]
[anis: takpela mama. kita pegi jela. nanti sy try carik² lagi sape² yg free]

mama sebelum balik siap², masih berusaha untuk mengajak orang² yg ajak pancing tu ikut. tapi gagal.
aku trus roger iela dan tokya, evy liana atang. bile dengar pasal karoke jer, dia melompat. hantu karoke betol budak nih.
tapi mlm tu, aku hanya berbowling untuk lepaskan tension. sebab hari² asyik tension jer. so boleh bayangkan muke orang yg kita marah tu pada pin² bowling tu. haha.
evy ngn kawan² dia melantak² berlagha dengan menyanyi². tinggal aku, mama, iela dan tokya saje yg masih setia berbowling. sakit abes tangan² sebab masuk jari di lubang yang kecil². (sebab bola bowling tak banyak pilihan. yang tinggal pun bola² berat.)

we had fun that night. eventhough tak release sangat tension, tapi ade la sket lepas..

edisi² foto akan di"war²" kan lepas nih. salam semua.

p/s: rindu kat aina, husna, isyraq dan aidif la...nk pergi ke rumah bangah di puchong rase malas apetah lagi nak balik ke sane (tmn dawani) . berganda².

Sunday, January 10, 2010

panjat:bowl :: edisi foto ::

mama tokya dan iela sedang pilih bola teringan.
tiada caption untuk gambar ini.
lagi aku memerhatikan bola masuk longkang. adey.."tak strike ko tokya..": suara hati jahatku.
screen mode.
pagi: prepare barang climb. gosok kasut.
pagi: brg climb baru dan lama. nk carik harness baru.
gosok lagi. kasut baru. orang bagi.
saltic BONGO kesayangan.
belay dulu
belay lagi. dgn aksi bahaya tanpe melihat climber.
ayap on the move = monsoon 6A
lepak
dida dan kazennye.
ramai² lepak dengar celoteh mama.

panjat.penat.peluh.sihat.

sebab demam semalam.

rase nak kuar kan peluh.

turun damai.

climb petang.

panjat satu route. monsoon.

pam tangan, lebam kaki, cramp jari2.

sampai top. alhamdulillah.

dalam kepayahan.

petang, demam dah kebah.

dah lega. alhamdulillah.

Friday, January 8, 2010

cinta


aku?

cinta siapa?

cinta apa?

tertanya-tanya aku soalan ni hari2.

tak jumpe jawapan.

ape aku takut sebenarnya?

ape aku nak sebenarnya?

tanye2 sendiri pun takde jawapan.

tanye orang? bukan caraku luahkan perasaan.

duduk diam2 dalam hati.

nak bukak ke nak tutup. 

orang kate baik aku bukak.

aku rase mcm nk tutup bukak tutup bukak.

bukak la..

tak perlu mencari, kerana cinta datang sendiri..

kan?


penat


aku asyik sebut penat. penat. penat.

mmg penat pun.

penat sangat bile melibatkan perasaan.

tapi klu penat badan aku suka.

sebab aku bole recharge.

tapi yg ni lain macam sket.



perasaan berbunga²? --> langsung tak.

perasaan berderai²? --> ye mungkin. mcm kace yg berderai² tu.

belajar hidup sendiri..lepas ni.




Friday, May 22, 2009

WORM PET??! This is crazy..











this is crazy..gile ape kah orang ini..sebesar ini dibelanya..




Thursday, April 23, 2009

getting worse..

my meja getting worse...ahhh..