Friday, November 19, 2010

Hari ni rasa nak membebel jer..
takde pengisian pun. hehe. selama ni pun post pun takde ape2 makna, sekadar luahan rasa.
hari ni hp rosak tetibe. uwaa... (T_T)
takpela. mungkin ada hikmahnya tu...
kita sabar jela. samada hikmah nk kena beli hp baru yang mana sama dengan pengeluaran wang tunai, atau tak pakai langsung hp yang mana sama dengan penjimatan...
hmmm..fikirkan la mana yang baik.

Tuesday, October 5, 2010

senyum..


Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum, semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit..

Senyum :)
Tak perlu kata apa-apa


Monday, October 4, 2010

tak suka!

tak suka rasa ini!

Friday, October 1, 2010

mahu cari rival baru

mahu cari rival makan yang baru. sebab rival yang asal sudah kurus. itu pun dia main tipu. main gym plak dia. tau la gua takleh nk pi gym angkat besi berat. kalau gua buat, mahu berketul2 lengan gua..

Kereta tak tahu sabar

gua paling panas hati bila bawak kereta, tiba-tiba ada plak kereta belakang main nak potong ikut belah kiri. (sebab dah takde lorong belah kanan). bukan gua saje-saje bawak selow, tapi kereta depan pun bersusun gak. lu nak potong kiri, pastu lu nak selit depan gua balik, mmg gua tentang habis-habisan la beb. bukan lu sorang je nak cepat. jadi lagi kejadian macam ni, mmg gua tutup lubang rapat-rapat. ape lu ingat lu mecedis, gua kereta malaysia, lu pandang gua takdak mata? tengok driver la beb. cewaahhhh.....
tiba-tiba gua teringat kaki gua krem mase tengah memandu semalam...ade gak gitu ek? tahan sakit je la gua sampai ke rumah..terpaksa gua bawak keta lorong paling kiri...

Tuesday, September 28, 2010

Best betul kan jadi kanak-kanak.


Best betul kan jadi kanak-kanak.
Kanak-kanak takpayah fikir harini nak pakai baju apa.
Kanak-kanak takpayah fikir harini nak makan apa.
Kanak-kanak takpayah fikir minyak kereta nak kena isi berapa ringgit.
Kanak-kanak takpayah fikir baju harini matching dengan tudung mana.
Kanak-kanak takpayah fikir jalan mana nak lalu bila nak pegi sana.
Kanak-kanak takpayah fikir macamana nak cilok2 bila jalan jem.
Kanak-kanak takpayah fikir nak bayar saman kalau kena saman.
Kanak-kanak takpayah fikir mana nak cekau duit bila tiba-tiba kereta breakdown.
Kanak-kanak takpayah fikir mana tabung mana nak korek bila tiba hujung bulan.
Kanak-kanak takpayah fikir nak ikat perut bila duit dalam poket tinggal berapa sen.
Kanak-kanak takpayah fikir nak kuruskan badan macamana.
Kanak-kanak takpayah fikir nak jaga hati perasaan orang.
Kanak-kanak takpayah fikir nak bayar bil api,bil air,astro,sewa rumah.
Kanak-kanak takpayah fikir bila nak balik kampung berapa bajet kena kira.
Kanak-kanak takpayah fikir nak masak apa untuk isi perut.
Kanak-kanak takpayah fikir kerja yang menimbun-nimbun.
Kanak-kanak takpayah fikir kalau saya malas kerja saya nak jadi apa. (kalau lagi)
Kanak-kanak takpayah fikir nak tipu polis kalau kena tahan sebab speedtrap.
Kanak-kanak takpayah fikir apa nak buat nanti bila tua.

Best kan jadi kanak-kanak..

Hidup senang lenang semua diurus orang.
Hari-hari dicium orang pun tak jemu-jemu.
Hari-hari pakai baju tak matching pun orang cakap cute.
Hari-hari kasut comot pun orang tak ambil kisah.
Hari-hari balik bau peluh pun orang tak peduli.
Hari-hari makan disuap.
Hari-hari bermain.
Hari-hari gembira.

Hari-hari gembira...




Monday, September 27, 2010

Warna-warna kehidupan

Di suatu masa warna-warna dunia mulai bertengkar. semua menganggap dirinya adalah yang terbaik, yang paling penting, yang paling bermanfaat dan yang paling disukai.

HIJAU berkata, "akulah yang terpenting. aku adalah petanda kehidupan dan harapan. aku dipilih untuk mewarnai rumput, pepohon dan dedaun. tanpa aku, semua haiwan akan mati. lihatlah ke pedalaman itu, aku adalah warna yang menghiasi kawasan itu"

BIRU menyampuk, "kamu hanya berfikir tentang bumi, pertimbangkanlah langit dan lautan yang luas. air lah yang menjadi dasar kehidupan dan awan mengambil kekuatan dari kedamaian dan ketenangan. tanpa kedamaian, kami semua tidak akan menjadi apa-apa"

KUNING pula bersuara, "kenapa kamu semua kelihatan benar-benar srius? aku membawa tawa, kesenangan dan kehangatan bagi dunia. matahari berwarna kuning, dan bintang-bintang berwarna kuning. setiap kali kau melihat bunga matahari, seluruh dunia akan tersenyum. tanpa aku, dunia tidak akan ada kesenangan."

OREN menyusul, "aku adalah warna kesihatan dan kekuatan. aku jarang-jarang kelihatan, tetapi aku berharga kerana aku mengisi keperluan kehidupan manusia. aku membawa vitamin-vitamin penting. aku tidak ada di mana-mana setiap saat, tetapi aku mengisi lazuardi di saat fajar atau saat matahari terbenam. keindahanku begitu menakjubkan sehingga tak seorangpun dari kalian akan terdetik di fikiran orang."

MERAH tidak boleh berdiam lebih lama dan berteriak, "aku adalah pemimpin! aku adalah darah-darah kehidupan! aku adalah warna bahaya dan keberanian! aku berani untuk bertempur demi satu kuasa. aku membawa api ke dalam darah. tanpa aku, bumi akan kosong laksana bulan. aku adalah warna hasrat dan cinta, mawar merah, dan bunga poppy."

UNGU bangkit dan berdiri setinggi-tingginya ia mampu. ia memang tinggi dan berbicara dengan keangkuhan, "aku adalah warna kerajaan dan kekuasaan. raja, pemimpin memilih aku sebagai petanda kekuasaan dan kebijaksanaan. tidak seorangpun menentangku. mereka mendengarkan dan menuruti kehendakku."

akhirnya BIRU GELAP berbicara perlahan dari yang lainnya, namun dengan kekuatan niat yang sama,"fikirkanlah tentang aku. aku warna diam. kalian jarang memerhatikan aku. namun tanpaku kalian semua menjadi dangkal! aku mempersembahkan pemikiran dan refleksi, matahari terbenam dan kedalaman laut. kalian memerlukan aku untuk keseimbangan dan perbezaan, untuk doa dan ketenteraman batin."

semua warna terus menyombongkan diri, masing2 yakin akan kepentingan dirinya. perdebatan mereka menjadi semakin keras. tiba-tiba, sinar halilintar melintas membutakan. guruh menggegar. hujan mulai turun. warna-warna terkedu bersama ketakutan, berdekatan satu sama lain mencari ketenangan.

di tengah suara gemuruh, hujan berbicara, "hai warna-warna yang tolol, kalian bertengkar satu sama lain, masing2 ingin mendominasi yang lain. tidakkah kalian tahu bahawa kalian masing2 diciptakan utk tujuan khusus, unik dan berbeza? berpegangan tanganlah dan dekatlah padaku!"

menurut perintah, mereka pun mendekati hujan...yang kemudiannya berkata,

"mulai sekarang, setiap kali hujan turun, masing2 dari kalian akan membusurkan diri sepanjang langit bagai busur warna sebagai memperingatkan bahawa kalian semua dapat hidup bersama dalam kedamaian. pelangi adalah harapan untuk hari esok."

jadi, setiap kali hujan deras turun membasahi dunia, dan saat pelangi memunculkan diri di angkasa, marilah kita mengingat utk selalu MENGHARGAI SATU SAMA LAIN. MASING2 KITA MEMPUNYAI KELEBIHAN YANG UNIK UTK MEMBUAT PERUBAHAN DI DUNIA DAN SAAT KITA MENYEDARI PEMBERIAN ITU, KITA BEROLEH KEKUATAN UNTUK MENCORAK MASA HADAPAN...

-cerita dikopi hanya untuk bacaan umum dan diambil iktibar-