Saturday, July 2, 2011

Ikhlas kah aku seorang anes?

Ikhlaskah aku bila berkata-kata tentang hal itu? ikhlaskah aku menerima apa yang tersurat buatku? ikhlaskah aku menunggu sesuatu yang bukan lagi milikku?

Ikhlaskah aku bila aku mengatakan aku redha dengan semua yang berlaku? ikhlas lagikah aku bila aku merelakan dia melepaskan aku? dan mencari kebahagiaan sendiri...

..........aku tak pasti...........

dia..dalam jutaan wanita yang ada disekelilingnya, dalam ramainya wanita yang dikenalinya, dalam banyak wanita yang meminatinya..aku hanya tidak mahu dia salah membuat pilihan..aku hanya tidak mahu dia kesedihan, aku hanya mahu kegembiraan terpancar dari matanya, kerana hanya dia yang paling aku sayang..sahabat yang paling aku sayang..yang aku tidak tegar untuk meninggalkannya tapi aku lakukan jua..

apa yang ada di fikiran aku ketika ini juga aku tidak tahu...

dalam ribuan wanita yang menjadi pilihannya...(sudah tentu yang bukan pilihan aku).. aku harap dia tidak tersalah pilih..kerana salahnya pilihan dia, mungkin juga kesukaran buatku..

ikhlas hatiku mengharap dia tidak memilih yang bukan-bukan...

No comments: