Monday, March 11, 2013

Baby Bullet ~ Baby Food Processor



Assalamualaikum. Salam Isnin. Salam 11 Mac 2013.

Hari ini, Safiyyah Az-Zahraa dah berumur 4 bulan 2 hari. Alhamdulillah syukur ya Allah atas nikmat usia yang Kau berikan kepada kami ya Allah. Juga nikmat kesihatan..

4 bulan. Time untuk mama fikirkan kelengkapan kelengkapan yang bakal cikpiyah guna bila menginjak ke usia 6 bulan. Yela, peralihan pemakanan dan sebagainya. Cikpiyah akan mula makan solid food bila masuk 6 bulan nanti. Tak sabar rasanya nak buatkan dan suap dia makan. 

Banyak kelengkapan baru yang perlu dibeli untuk tujuan yang satu ini. Antaranya yang menjadi target, adalah Baby Bullet Food Processor. Cenggitu la lebih kurang nama dia. Alat ni sebenarnya aku rasa akan banyak membantu aku dalam memproses solid food utk cikpiyah. Blender fruits and vegetables. As far as i know, dalam tu turut memuatkan resepi2 mengikut umur bayi anda. Waaaaa...excited nya.

Harga? Hmmm..dalam isu survey survey ni..aku memang malas. Jadinya aku akan tengok kat faceboook atau mana mana blog yang ada supply benda alah ni. So far ada yang aku jumpa RM150 satu set. The whole set. Mahal tak? Hmmm. Ok la tu kot. Sebab ada macam2 dalam tu. Kalau korang ada jumpa yang lebih murah, tolong bagitau aku. Boleh aku beli tempat yang sama macam korang. Sila beri tunjuk ajar. Hehehe.

Masa paling seronokk nak buat ngn baby is shoppinggggg!! Eh entahlah. Sejak ada anak ni, suka sangat shopping barang keperluan anak. Perabeh duit kat dia. Barang aku, entah pebenda pebenda la...


No comments: