Monday, January 20, 2014

Entry senyum sumbing


Assalamualaikum.

:) Today is 20 January 2014. Wonderful isn't it?

20 hari dah berlalu dalam tahun 2014 ni.

Setiap tahun, macam biasa, aku tak pernah ada azam untuk tahun baru. Bukan taknak letakkan target atau apa-apa harapan untuk jadi lebih baik, tapi aku lebih suka ikut flow semasa. Macam orang putih kata, "go with the flow".. Tak silap aku, ada lah dalam 5 tahun jugak aku dah tak ber"azam tahun baru". Yelah, buat penat je fikir azam, tapi last-last tak ingat pun azam.. itu aku lah kan. Orang lain mesti tak sama macam aku.

Anyway, dari 2011, 2012, 2013, tiga tahun kebelakangan ni, macam-macam terjadi, ada yang bukan kehendak, ada yang kehendak, ada yang tak disangka-sangka, ada yang memang dah menyangka dari awal..ada pahit, ada manis, ada tawar, ada payau, ada sedih, ada gembira.. *pause.senyum*

Semua tu pengalaman. Pengalaman hidup.
Tak semua yang kita nak, akan jadi kenyataan. Kadang-kadang apa yang kita nak tu, sebenarnya bukanlah perkara terbaik yang akan berlaku pada kita, sebaliknya yang kita taknak tu lah yang akan membahagiakan kita tanpa kita sedar..

Macam-macam aku taknak, tapi bila aku dapat, aku bahagia dan bersyukur sangat.. ada Allah gantikan setiap kesedihan kita dengan perkara yang lebih baik, cuma kadang-kadang kita ni buta sangat sebabkan hati kita sombong pada Allah, jadi kita tak nampak jalan yang Allah tunjukkan pada kita tu sebenarnya adalah yang terbaik..

*pause. senyum lagi*

Tahun 2014.

Tahun ni aku hilang kawan baik. *senyum pahit*
Awal-awal tahun. Mungkin juga bakal hilang keluarga angkat. *senyum lebih pahit*

Sebalik semua yang berlaku ni, aku tahu, ada hikmahnya. Cuma aku kena sabar dan celikkan mata serta redha.

Salahkah aku sayang kawan aku? Tak bermakna langsung ke pengorbanan aku? Takpelah. Allah tahu hati aku.
*senyum*

Lagi sebulan.

*senyum dalam hati*

Semoga tahun 2014 memberi kebahagiaan, kecemerlangan, bertambah rezeki dan bertambah keimanan kepada-Nya..kita hamba yang berkelana di bumi Tuhan, ada hari kita tersilap langkah, ada hari kita tersilap jalan, ada hari kita hilang arah, tapi kita ada Tuhan yang akan tunjukkan jalan, asalkan kita rajin mencari jalan. Mohon pada Dia.

Persetankan kata-kata manusia. Hari ini kau berdosa, bukan bermakna kau akan berdosa selama-lamanya.

Allah ada. Dia lah sebaik-baik penilai.

Manusia hanyalah manusia. Biar dibenci manusia, biar di block manusia semesta alam, biar dibuang manusia, jangan sesekali kita biar Allah membuang kita jauh...

Wallahualam.

Salam 2014.


No comments: