Thursday, September 15, 2011

Jangan makan dan minum macam syaitan


Nabi bersabda, "Jika salah seorang dari kalian hendak makan, makanlah dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, minumlah dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya" [HR. Muslim]

Wednesday, September 14, 2011

Memutuskan silaturrahim


Nabi menyebut : " Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu" ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Riwayat bukhari : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" ( al-Bukhari)

Nabi juga menyebut : " Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : "Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya" ( Al-Bukhari 4/112 )

Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim " ( al-Bukhari)

Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)

Ada juga hubungan renggang dan tidak bertegur sapa yang mungkin dibenarkan kerana ditakuti berlaku mudarat yang besar. Selain itu, ada juga yang renggang bukan kerana pengaruh pergaduhan tetapi kerana berpindah dan duduk berjauhan. Ini semua perlu dilihat satu demi satu bagi memberikan hukum yang sewajarnya.

Wednesday, September 7, 2011

perempuan.

Ramainya perempuan dia...selalu itu lah yang bermain di fikiran aku. mudahnya perempuan baik dgn dia, mudahnya dia berbaik dgn perempuan...murah kah harga seorang perempuan bagi dia? katanya kawan..oklah. mungkin kawan..

kenapa ni anes?

aku masih belum merdeka....
aku masih dijajah..
dan aku juga menjajah...

oh Tuhan..tunjukkan aku jalan...

oh perempuan..

Sunday, July 24, 2011



It's started out just another day
I took a shower and I went on my way
I stopped there as usual
had a coffee and pie
When i turned to leave
I couldn't believe my eyes

Standing there i didn't know what to say
Without one touch
We stood there face to face

(And) i was dying inside to hold you
I couldn't believe what i felt for you
Dying inside i was dying inside
But i couldn't bring myself to touch you


You said hello then you asked my name
I didn't know if i should go home in vain
Inside i felt my life had really changed
I knew that it would never be the same

Standing there i didn't know what to say
First time I looked away when i whispered your name

One hello changed my life
I didn't believe in love at first sight
But you have shown me what is like
And I now i know my love (i know this love is right)


Monday, July 4, 2011

reminder

‎"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (Surah As-Syura ayat 30)

Saturday, July 2, 2011

Cik Anes...

Jadilah seperti pohon kurma, tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit dan bila dilempar batu, ia membalas dengan buah kurmanya..

Jangan menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan..

cik anes..padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu..

jadilah seperti lebah, ia selalu hinggap di bunga-bunga yang semerbak dan ranting-ranting yang segar..

oh cik anes, jangan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka.

ingatlah cik anes, jika Allah selalu bersamamu, maka siapa yang harus engkau takuti? Sebaliknya jika Allah menjadi musuhmu, maka kepada siapa engkau akan berharap?

cik anes, api kedengkian dan hasad selalu membakar tubuh dan sikap yang terlalu cemburu itu, ia ibarat api yang membara..

cik anes.. :) bertingkah lakulah dengan akhlakmu yang lebih indah dan cantik dari sebuah taman..

biarkan urusan makhluk menjadi urusan Penciptanya, biarkan yang mendengki sampai mati, biarkan yang memusuhi sampai terlupa..

kasihanilah orang yang lemah, kamu akan bahagia. berilah orang yang memerlukan pertolongan, kamu akan merasa puas, rendamlah emosi anda, nescaya kamu akan selamat.

biarlah dia anes..dia tahu apa yang terbaik untuk dirinya..andai dia tak memerlukan kamu lagi sebagai sahabat, kamu jangan bersedih, jadilah wanita paling bahagia kerana adanya Allah disisi kamu menyayangi kamu..

"..tapi? aku rasa macam diperlakukan? dipergunakan? cari aku bila hanya ada masalah. perlu aku hanya bila perlukan sesuatu? aku tak relevan untuk semua situasi!"

..anes sayang, jangan kamu rasa begitu..redha dengan semua yang berlaku. Allah tahu apa yang hamba-hambaNya tidak tahu. jangan pertikaikan setiap perjalanan yang Allah sudah tulis buat kamu..fikir dengan positif..tak apalah bila dia hanya perlukan kamu bila dia butuh sesuatu..sekurang-kurangnya masih ada ruang buat dirimu dalam masa-masanya itu..jangan lah kamu berkecil hati...

"alah, bukan setiap hari pun dia nak cari aku!"

kenapa anes? kenapa kamu kecil hati sangat ni? belajar bersyukur anes..hanya kerana dia tak pedulikan kamu, tak sayang kamu sebagai sahabat, kamu tolak orang lain yang ambil berat tentang kamu? jangan begitu sayang...belajar bersyukur. tak apa kamu tak dapat bergembira sebaimana dia bergembira..kamu harus yakin dan percaya, Allah dah sediakan sesuatu yang akan menggembirakan kamu melebihi dari kegembiraan yang kamu dambakan itu..

"....hmmm, duhai hati...tenanglah...aku dambakan ketenangan.."

anes, jadilah wanita yang paling bahagia..di dunia dan di akhirat...

Ikhlas kah aku seorang anes?

Ikhlaskah aku bila berkata-kata tentang hal itu? ikhlaskah aku menerima apa yang tersurat buatku? ikhlaskah aku menunggu sesuatu yang bukan lagi milikku?

Ikhlaskah aku bila aku mengatakan aku redha dengan semua yang berlaku? ikhlas lagikah aku bila aku merelakan dia melepaskan aku? dan mencari kebahagiaan sendiri...

..........aku tak pasti...........

dia..dalam jutaan wanita yang ada disekelilingnya, dalam ramainya wanita yang dikenalinya, dalam banyak wanita yang meminatinya..aku hanya tidak mahu dia salah membuat pilihan..aku hanya tidak mahu dia kesedihan, aku hanya mahu kegembiraan terpancar dari matanya, kerana hanya dia yang paling aku sayang..sahabat yang paling aku sayang..yang aku tidak tegar untuk meninggalkannya tapi aku lakukan jua..

apa yang ada di fikiran aku ketika ini juga aku tidak tahu...

dalam ribuan wanita yang menjadi pilihannya...(sudah tentu yang bukan pilihan aku).. aku harap dia tidak tersalah pilih..kerana salahnya pilihan dia, mungkin juga kesukaran buatku..

ikhlas hatiku mengharap dia tidak memilih yang bukan-bukan...