Monday, February 17, 2014

Terlalu lama dan asyik memandang yang hitam sehingga lupakan yang putih..

Kita semua macam ni kan?

Bila kita tengok orang buat perkara lain sikit,

mudah saja untuk membenci,
mudah saja untuk menghukum,
mudah saja untuk bersangka buruk.

sampai kita lupa kebaikan-kebaikan yang dilakukan selama ini,
kita mula sisihkan mereka.
Astaghfirullah al azim..

Betul.
Kita boleh membenci,
tapi bukan membenci pada orangnya,
tapi benci pada maksiat yang dilakukan mereka.

dan dalam masa yang sama,
jangan tinggalkan mereka.
banyakkan berdoa, jangan biar dia tenggelam sendiri.
ajak dia bersama-sama kita.
supaya hatinya terbuka untuk terima cahaya.

Betul.
Susah untuk bersangka baik.
tapi, kena mujahadah.

Jangan latih diri untuk berterusan bersangka buruk.
takut hati menjadi mati,
takut riak merajai diri,
kerana kita bukanlah Nabi,
kita ini..
KULI.
Pada Ilahi..

Dan semuanya berbalik kepada hati,
kerana hati yang akan memberi kita guideline untuk berfikir,
dan akal akan memberi arahan kepada anggota badan untuk bertindak.

Baginda SAW juga bersabda:
“Bahawasanya dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

credit to: http://reminderformenyou.blogspot.com


No comments: