Wednesday, February 20, 2013

Happy Birthday



Assalamualaikum. 

Selamat hari ke 20. Dalam bulan Februari. Tahun ni dah tahun ke 6 aku ingat tarikh ini setiap tahun.  Kenapa? Mesti lah ada sebab. Takpela. Takperlu tahu itu sebab. Yang pastinya. Hari ini harinya setiap tahun. Cumanya bermula setahun yang lepas, aku dah takde hak nak beria-ia sangat dengan tarikh ini. Cumanya aku ada hak untuk jalani hari ini setiap tahun dengan rasa gembira jika dia gembira. Itu saja. 

Poyo kan? Ayat aku memang poyo sejak memenjak ni. Patah hati mungkin. Kahkahkah. Oklah. Untuk kamu yang mungkin baca, yang mungkin tidak baca, talian persahabatan kita sudah putus, we are no longer bestfriend. As requested. In fact I dont know whether we are still friend or not.  Tapi yang pastinya, your family is still my family. Even you are not my friend anymore. So does it means we are family? You are my brother? Oh. Takmahu ku fikir itu. 

Okla. Selamat ulangtahun. Semoga happy. Bahagia hendaknya. Assalamualaikum. 


Tuesday, February 19, 2013

Elak Mudarat

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;




Semoga bermanfaat. 

Doa Mama --

Amalan agar dipermudahkan untuk mendidik anak anak. Semoga mendapat manfaat bersama.

Ketika mahu menidurkan anak anak, baca ayatayat berikut, tiup kan pada ubun ubun anak anak..

1. Surah Al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Surah Al-Insyiraah
4. Surah Taaha: ayat 1 - 5

Doa mama buat kamu

Doa mama buat kamu si anak gadis yang chanteq..


Maksudnya:

“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”



Maksudnya:

“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”


source from:
http://doamommyutkmu.blogspot.com/

Habit Habit Habit

 1

 2

 3

Assalamualaikum.
Hai semua. korang takyah baca lah, aku saja ja nak blogging utk tatapan diri sendiri nanti..


Harini nak cerita pasal gambar ni. Korang nampak tak gambar ni? Eh, kenapa plak nak tanya korang kan? Haha. Oklah, tgk gambar ni. Ni fasa2 umur cikpiyah dari kiraan hari sampai la ke umur 3 bulan. Gambar terakhir tu masa dia berumur 3 bulan. Plus plus la sket kot. 

Nak cerita pasal habit dia. Dia suka tonyoh belakang telinga dia dengan tangan dengan super kuat gitu. Selalunya dia buat camtu time diluar sedar. Contohnya masa terjaga dari tidur, time nak tidur, time tgh mengantuk, time tu la dia merapu abeh gosok belakang telinga. Kalau tak belakang telinga, dia akan kekah plak bahagian muka.  Muka chanteq tu, dah jadi calar balar kadang2. Sampai ada ketika jadi parut. Tapi biasalah, kulit baby bukan nya parut lama2. Nanti2 dia hilang jugak. 

Selain dari habit diluar sedar dia tu, dia ada lagi satu habit ketika menyusu. Aku biasalah, lagi suka menyusu baring. Sebab dia lagi ok kalau baring. Dulu masa umur sebulan, dia tak pandai menyusu ketika aku dalam keadaan duduk. Mesti tersedak. Pelik tak? Orang dok marah aku menyusu jangan baring takut baby tersedak2, tapi dia ni terbalik. Tersedak sedak time aku menyusukan duduk. Dia dari dalam hospital lagi aku dah menyusukan baring. Sbb masa awal2 dulu nak duduk banyak2 sakit, so aku lagi selesa baring. Agaknya ajaran aku itulah buat dia selesa ketika baring.

Kalau menyusu baring, tangan dia tu suka letak atas kepala macam tu. Tidak la pulak aku amik gambar setiap kali menyusu. Cukuplah tiga, dan cukuplah aku bercerita yang sememangnya boleh dikatakan tiap2 kali menyusu beliau akan letak tangannya begitu. Motif? Mama pun tak mengerti. Ok sebenarnya bukanlah tiga tapi banyak lagi. Cuma aku masukkan tiga saja. Cukup lah tu.

Gambar yang ketiga tu sebenarnye baru je lepas menyusu, dah terlena pun. Kira aci jugak la kan.
Okla, cukuplah cerita disebalik gambar. Nanti ku update lagi. Buat bacaan cikpiyah bila dewasa nanti..

Bye sayang. Mama love you!


Wednesday, February 13, 2013

Newborn Baby



Welcome to the clan! 

Alhamdulillah Allah beri rezeki melimpah-limpah buat kami sekeluarga. Bertarikh 11 February 2013, lahirlah seorang lagi little caliph dalam keluarga besar Haji Othaman Salleh. Cucu ke 8 Tuan Haji Othaman, baby boy seberat 3.57kg lahir cukup sempuna pada jam 6.10pgi waktu Malaysia. Anak kepada pasangan Muhammad Anas dan Wan Malliati. Adik kepada Aina Malliani, Muhammad Aidif dan Aira Nazihah. Nama baby baru ni insya Allah, Muhammad Aisar bin Muhammad Anas.

Ok cukuplah tu info berbahasa baku. Penat juga karang ayat bahasa formal. Bukan ayat aku la tu biasanya. Jadinya, semalam kami anak beranak pergi la melawat baby baru tu kat rumah abg ngah. Malas nk ke hospital, bukan apa, dirumah lebih seronok kalau nak berjumpa. Kami masak-masak dirumah abg ngah, makan tghari, tghari tak tengahari sngtla. Pukul 3 jugak baru dapat makan, dgn nak menidurkan cikpiyah, nak menyusukan cikpiyah, nk memasak lagi. Dengan nasi mentah la pulak jadiknya..mcm2 hal. Dapatla kami menu udang masak sambal, telur dadar, sayur lobak putih dan ikan siakap bakar. Simple aje, yang masaknya sampai 3-4 orang. Sbnarnye boleh je masak sensorang tapi biasalah kalau ramai2 ni, mana syok sume keje buat seorang. Paling2 mooksu biha tu kene kerah juga masuk dapur, walaupun tolong siang sayur, pakndak  faiiz kene siang ikan, cikmat tlg bakar ikan, alaa bakar ikan dalam pemanggang ajaib aje. Nak cepat. Haha.

Nasi yang mentah tu keje aku lah tu. Alasan, tak biasa periuk nasi tu. Cet. Padahal semua sama je. Tak penah2 aku masak nasi mentah, haritu boleh pulak jadi mentah. Kelaut betul aku haritu. Hasil pengalaman mengalter nasi mentah kat dalam hutan, akhirnya nasi tu masak juga. Lembut sikit la tapi, alah ape ada hal. Kalau perut lapar sume makan je. Aku nengok menambah je sumorang makan.  Ok obviously bukan sebab nasi. Must be the lauk. Kehkehkeh.

Petang2 aku membawak anak-anak buah bersama anak aku pegi ke taman. Aina Aidif ngn Aira plus cikpiyah plus moksu biha, kami pi taman menan. Alah belakang rumah aje. Budak2 kalau dapat pi taman seronok. Aku yg dah mak-mak ni seronok jugek pi taman. Bawak anak2 buah. Kami ramai2 naik jongkang jongket kayu tu. Mengimbau zaman kanak2 aku dulu. Pastu aku ngn adik main lumba timbang berat sape paling berat. Aina ngn aira ngn cikpiyah satu team ngn aku. Adik, Aidif ngn import sorang lagi budak yang kami terjumpa kat taman tu satu team. Kejap2 adik kat atas, kejap2 aku yg atas. Overallnya dua2 lebih kurang je berat. Hahaha..

Dah nak maghrib adik kakwan datang ziarah bawak nasi dagang dari bukit mendi, kampung kakwan..kami dinner nasi dagang dulu sebelum balik Shah Alam. So, cuti ni lepak ngn keluarga mmg seronok..
Aku rindu zaman cikpiyah baby baby dulu. Zaman dia boleh dipegang sebelah tangan. Hahaha. Rindu dengar dia menangis zaman umur kira hari. Hehehe..tapi sekarang ni pun time aku menaip ni pun aku dah rindu cikpiyah yg tgh duduk ngn opah nab. Nak ke dia minum botol tu..lepas cucuk 3 bulan haritu meragam taknak minum dalam botol. Menangis je kejenye kalau bagi dalam botol. Kalau tido asyik mengigau. Aku syak aku bawak dia tgk tarian singa masa cny haritu. Haha. Sian dia. Terkejut2 dengar bunyi gendang tu. Ok la. Rasanya sampai sini jela aku sembang. Bkn sembang pun. Panjang lebar cani sape pun tak ingin baca. Korang tak payah baca. Buat penat mata je ke kiri kanan. 
Kbai. Assalamualaikum!

Dia Kata..



Dia kata..
Dia kata aku hidup dalam kenangan..
Dia kata aku takmahu maju ke hadapan..
Dia kata aku masih di zaman silam..
Dia kata cerita aku masih ulang tayang..

Tapi..tahukah dia..
Biar aku hidup dalam kenangan lama..
Biar aku masih di takuk lama..
Biar aku ada dalam cerita sama..
Biar aku tetap pada hati yang sama..

Aku tak kacau dia.
Aku tak sentuh dia.
Aku tak panggil dia.
Aku tak pandang dia.

Dia. Cuma dalam ini.
Di satu sudut paling dalam.
Hanya aku seorang yang mengerti.