Monday, March 30, 2009

My Earth Hour Moment

Sabtu
28 March 2008
Damai Wall, Batu Caves
8.00 pm - 12.00 am

Line up:
1. Zack Damai
2. Aber (Apis)
3. Anes
4. Yati
5. Angah (Arif)
6. Azan
7. Salleh

Back up:
1. Ayap
2. Along (Akmal)
3. dan beberapa kanak2 kampung wira damai..

Malam sambutan Earth Hour, ketika warganegara berhimpun untuk menyambut sambutan sejam waktu dunia bergelap, aku bersama kawan2 pendakian memilih untuk menyambut dengan cara yang agak berbeza.

Tepat jam 7, sesudah kami selesai menjamu selera bagi mengisi perut di kedai makan biasa yang menjadi port kami selepas memanjat, kami bergerak menuju ke wall di damai. ketika itu, rembang2 senja mula berlabuh, ceh ayat..kami bermain2 di sekitar wall dan melayan boulder seroute dua..aku seperti biasa, tidak bersungguh ketika mem"boulder" kerana boulder bukanlah kegemaran ku, in fact, wall climbing juga bukanlah kegemaranku..

tepat jam 8, sesudah antara kami selesai menunaikan solat maghrib di masjid berdekatan, kami pun mula bersiap2 dengan peralatan untuk memulakan pendakian di route "Bob Marley". Malam tu kami layan route tu saja sebab route tu senang dan juga boleh lepak di atas. jam 8 malam, Azan tiba bersama housemate nya yang menjadi saksi malam itu. hihi..

jam 8.30 malam, Ayap menuju ke suis utama untuk memadamkan lampu spotlight dia kawasan rock climbing damai. kawasan menjadi gelap gelita tetapi masih ada cahaya di kawasan dewan bersebelahan kerana ada majlis persiapan kenduri di sana. pendakian dimulakan dengan didahului oleh zack yang Lead bertemankan sebiji "head lamp" halogen yang berlampu oren (yang tak nampak sangat), membawa dua tali untuk dijadikan anchor di puncak. dia juga ditugaskan membuat sistem tali untuk kemudahan climber2 lain ketika tiba di puncak bob marley. diikuti dengan aber, angah, yati dan kemudian aku. ketika aku mula memanjat, lampu sudah dihidupkan. ceh,potong sungguh. tapi keadaan masih lagi gelap kerana lampu spotlight tu pon xdela terang sangat, ala2 cukup untuk suluh batu jer..aku dengan bersemangatnye naik..agak lambat, maklumla badan sudah bertambah berat, (menurut berpuluh orang manusia yang aku kenal, mereka kata aku sudah agak gemuk ketika ini)..tapi tidaklah terlalu lambat, kerana siangnya aku sudah memanjat dua route, dengan slah satunya route yang aku takut nak panjat sejak aku dah boleh panjat ni..hari tu jugak ,pertama kalinya aku naik route MONSOON..pencapaian baru untuk aku hari itu..aku bangga sekejap..sekejap jela sebab aku top rope je pun..tapi xpela, permulaan yang baik untuk aku..huhu..

lepas aku memanjat dan sampai di puncak, Azan memulakan pendakian..ketika azan sudah hampir sampai ke puncak, kelihatan kelibat salleh mula tiba di perkarangan tapak rock climbing. tiba2 kedengaran suara ayap menjerit mengatakan yang salleh ingin memanjat, kami katakan boleh saja memandangkan di puncak masih ada space untuk 2 orang lagi..

ketika jam mula menunjukkan pukul 11 malam, kami lepak2 kat atas makan biskut, oh yer, tin biskut ku dibawa oleh azan ke puncak menggunakan beg columbia nya..haha..sampai biskut aku kat bob marley yer..minum2 air coke dan juga 100plus..

setelah puas melepak di atas, kami pun decide untuk turun, orang pertama yang turun aku la..kami abseiling turun ke bawah.oh yer, pengalaman aku ketika abseil, aku terjumpa lipas2 rumah di atas batu tu, aku pun pelik, berpuluh kali aku naik route bob marley, tak pernah lagi ku jumpa lipas2 ini, mungkin waktu malam, waktu mereka keluar. setelah selesai semuanya, abe, yati, azan pun pulang. pergi makan kot. tinggalla kami yang lain2 ni sambung main boulder, aku tak main dahla, nak kate penat tak jugak tapi kepala aku tetibe macam migrain jer..

itulah kisah kami and our moment on earth hour..kami tak nampak sangat KL bergelap kerana dari puncak bob marley yang tingginya tak seberapa itu, kami hanya nampak area wira damai dan gombak, tu pun rakyat gombak tak supportive langsung..haha..

apa2 pun, tu pengalaman baru untuk aku hari tu, kerana aku baru pertama kali night climb..best..
klu sesape nak cuba aktiviti rock climbing ni, BOLEH DAN DIALU2KAN datang ke wira damai, gombak. ataupun call je saya..

1 comment:

NASIRUDDIN BIN DIN said...

Ape ke bende nye tu.. cacing ke..
Beso beno yek.. Tak takut ke pompuan tu.