Friday, January 15, 2010

Cara untuk kuruskan badan - in their way

5 Fakta kenapa 95% usaha untuk kurus gagal.
Fakta 1.
Memilih cara yang tidak sihat seperti DIET KETERLALUAN - 'CRASH DIET' atau tidak makan. Berat badan akan turun tetapi akan naik lebih berat selepas itu.
Fakta 2.
dalam keadaan lapar, badan akan mentafsir keadaan ini sebagai bahaya kebuluran dan secara automatik bertindak menyimpan tenaga dalam bentuk lemak dengan kadar lebih cepat.
Fakta 3.
Diet keterlaluan menyebabkan kandungan otot dalam badan berkurangan kerana tidak cukuop protein. Otot dapat membakar lemak dengan kadar yang lebih tinggi, dan kekurangan otot akan mengurangkan kebolehan badan untuk membakar lemak.
Fakta 4.
Penggunaan pil dan jus pelansingan adalah sekadar jalan pintas.
Fakta 5.
Rawatan pelansingan menggunakan mesin. Selalunya berat yang kurang adalah daripada kehilangan air daripada berpeluh., bukannya pembakaran lemak. Kehilangan air yang banyak jika tidak diganti akan menyebabkan penyahhidratan yang juga memudaratkan.
Bagi mengatasi masalah ini, pakar-pakar nutrisi telah mencadangkan cara-cara berikut:
Cadangan 1.
Kurangkan makan makanan yang berkalori tinggi. Ambil makanan seimbang yang mengandungi kalori rendah, dan cukup zat-zat lain seperti protein, vitamin, mineral, dan serat.
Cadangan 2.
Makan lebih kerap supaya tidak berada dalam keadaan lapar yang mana boleh manmbah kandungan lemak dalam badan.
Cadangan 3.
Bersenam 3 kali seminggu.
Cadangan aku:
Bersukanlah. Macam² permainan ada sekarang ni yang boleh mengaktivatekan pengeluaran peluh. Boleh cuba mana² yang kamu suka. ok? hehe..
oh ye? berenang pun bagus juga ya?
badminton juge. dah lama tak smash² orang. haha. macam pandai jer.
jom berenang. jom badminton. jom mendaki. jom climbing!

No comments: